Sunday 21 August 2016

Adakah Anda Perlu Mencuci Pakaian Baru Sebelum Anda Memakainya?

Adakah Anda Perlu Mencuci Pakaian Baru Sebelum Anda Memakainya? Jawapannya, Ya!

Hari ini beli baju atau seluar baru, esok terus guna. Mesti anda selalu buat macam tu kan?
Sebenarnya tak bagus tau. Menurut seorang profesor dermatologi, Donald Belsito dari Pusat Perubatan Universiti Columbia, bahan yang digunakan untuk membuat pakaian kebiasaanya mengandungi formaldehyde resin yang lazimnya terdapat pada fabrik.
Bahan tersebut boleh menyebabkan masalah pada kulit anda, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Selain dari kulit gatal-gatal ia juga boleh mengakibatkan alahan pada kulit.
Menurut Profesor Donald Belsito, pakaian baru yang nampak bersih sebenarnya tak berapa bersih pun. Jadi, lebih baik anda cuci dulu pakaian baru tu sebelum guna!

1 comment:

  1. selalu buat mcm tuuuu.huhu.xsmpat esok, siang tu beli, mlm tros pakai.hihihi.

    ReplyDelete

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo