Thursday, 18 August 2016

Kenapa Orang Yang Berjaya Pakai Baju Yang Sama Setiap Hari

Kenapa Orang Yang Berjaya Pakai Baju Yang Sama Setiap Hari

Aug 17, 2016


Oleh Razzlyn Rosli. Sumber babab.net
Perasan tak kebanyakan orang yang berjaya dan jutawan sering memakai baju yang sama setiap hari?
Antara contoh yang paling dekat adalah Mark ZuckerbergĂ‚ (CEO Facebook)sentiasa memakai T- Shirt bewarna kelabu dan dipadankan dengan seluar jeans. Manakala, Steve Jobs (bekas CEO Apple) dengan baju turtleneckwarna hitam dipadankan dengan jeans.
Apa sebenarnya sebab mereka sering memakai baju sama tak kira ke majlis apa pun. Ini adalah jawapan bagi persoalan itu.

1. #Memudahkan Pilihan

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hanyahanya mempunyai sut berwarna kelabu dan biru sahaja. Baginya, ada banyak perkara lebih penting selain dari memikirkan tentang pakaian apa yang hendak dipakai.

2. #Menjimatkan Masa

Dengan mempunyai pakaian yang sama warna ia sekaligus menjimatkan masa untuk memikirkan pakaian apa yang perlu dipakai untuyk hari esok. Bagi orang yang berjaya, mereka lebih suka untuk memanfaatkan masa sebaik mungkin.

3. #Mengurangkan Stress

Memilih pakaian sebenarnya boleh mendatangkan stress. Tapi, jika mempunyai pakaian yang sama, tak perlu lagi perlukan perkara tersebut sebab anda dah tahu pakaian harian anda.

4. #Tidak Memenatkan

Anda tidak perlu menyusahkan diri sendiri untuk mix and match apa yang sesuai. Kan jimat tenaga tu . :)

5. #Elakkan pembaziran

Mesti ada pakaian yang anda hanya pakai sekali sahaja kan? Itulah pembaziran sebenarnya.
Orang berjaya tidak akan sekali membazir kerana mereka tahu betapa susahnya untuk mendapatkan wang.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo