Sunday, 25 December 2016

Cara buat bajet bulanan menggunakan Excel [Download]

Cara buat bajet bulanan menggunakan Excel [Download]


Jika anda mempunyai masalah dalam pengurusan kewangan, anda boleh cuba template membuat bajet perbelanjaan bulanan anda. Template yang disediakan memudahkan anda membuat anggaran jumlah perbelanjaan yang digunakan berdasarkan pendapatan yang diterima setiap bulan.

Cara guna template bajet bulanan:

#Langkah 1:
Isikan jumlah pendapatan yang diterima sama ada melalui gaji tetap atau pendapatan sampingan seperti rumah sewa, pelaburan, perniagaan internet dan lain-lain lagi.

#Langkah 2:
Isikan jumlah perbelanjaan tetap setiap bulan seperti pinjaman kereta, rumah dan peribadi dan simpanan anda sendiri.

#Langkah 3:
Isikan jumlah perbelanjaan tidak tetap seperti makanan, hiburan, bil elektrik, dan lain-lain lagi.

#Langkah 4:
Anda boleh ubah jenis perbelanjaan yang anda gunakan setiap bulan atau tambah perkara lain seperti pelaburan bulanan.

No comments:

Post a Comment

Bonanza Sushi King 21-24 Ogos 2017

Bonanza Sushi King 21-24 Ogos 2017 Jimat2 Jimat Bonanza Sushi King