Adakah Anda Perlu Mencuci Pakaian Baru Sebelum Anda Memakainya? Jawapannya, Ya!
Hari ini beli baju atau seluar baru, esok terus guna. Mesti anda selalu buat macam tu kan?
Sebenarnya tak bagus tau. Menurut seorang profesor
dermatologi, Donald Belsito dari Pusat Perubatan Universiti
Columbia, bahan yang digunakan untuk membuat pakaian kebiasaanya
mengandungi formaldehyde resin yang lazimnya terdapat pada fabrik.
Bahan tersebut boleh menyebabkan masalah pada kulit anda,
terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Selain dari kulit
gatal-gatal ia juga boleh mengakibatkan alahan pada kulit.
Menurut Profesor Donald Belsito, pakaian baru yang nampak
bersih sebenarnya tak berapa bersih pun. Jadi, lebih baik anda cuci dulu
pakaian baru tu sebelum guna!
selalu buat mcm tuuuu.huhu.xsmpat esok, siang tu beli, mlm tros pakai.hihihi.
ReplyDelete