Tuesday 5 June 2018

Tazkirah bulan puasa. Amalan mengejar lailatul Qadar bagi orang yang paling malas.

Tazkirah bulan puasa. Amalan mengejar lailatul Qadar bagi orang yang palimg malas

Assalammualaikum semua. Hari ini saya nak share amalan mengejar malam Al Qadar. Malam Ramadhan ke 20 dan 21 dah melabuhkan tirainya. jangan bersedih masih ada ruang dan kesempatan untuk mengejar lailatul qadar.

Amalan ini untuk orang yang malas tapi nak jugak manfaat kebaikan lailatul Qadar.

1. Bersedekahlah setiap malam RM1. kalau pokai sangat takde seringgit 20 sen pon boleh asalkan ikhlas. Make sure korang jangan tinggal. Kalau takut terlupa, lepas magrib tu dah boleh sedekah dah. hal ini kerana malam dikira daripada azan magrib ke azan subuh. Thus, boleh lah korang bersedekah. Masa bersedekah tu korang niatkanlah untuk ibu bapa or untuk sembuhkan penyakit korang. InsyaAllah keikhlasan hati korang akan membuka pintu rahmat dan keberkatan keatas korang dan keluarga korang.

2. Jangan miss solat Isyak berjemaah. Hal ini kerana sesiapa yang solat isyak berjemaah maka dia umpama qiam separuh malam. So simple. Kalau malas gi masjid gi solat dengan bini korang kat rumah.

3. Bagi yang berkesempatan solatlah terawikh bersama imam sampai habis. Hal ini kerana korang kalau solat sampai imam solat witir sampai habis lah katakan. So korang dapat pahala qiam sepanjang malam. Bagi yang xde kesempatan kerja malam or shift malam, maka aku sarankan korang lepas balik kerja tu solatlah sendiri terawikh dan witir. Kalau malas buat 2 rakaat pon boleh and tutup dengan witir satu rakaat.

4. Ok jangan lupa bangun sahur. Masa bangun terus panaskan air masak magie hahahaha. Pastu sementara magie nak masak solatlah tahajjud 2 rakaat. Kalau korang malas sahur or bini malas masak, aku ada tip nak bagi korang terjaga malam. Minum air banyak2 masa nak tidur, nanti dalam pukul 3 or 4 korang akan terjaga nak buang air. so kalau terjaga tu kalau malas nak solat boleh lah berzikir selamat 10 saat. Lepastu korang nak tidur, tidur la.

5. Lastly jangan lupa baca Al-Quran. Bagi yang tak biasa baca, aku cadangkan korang baca surah al ikhlas sebanyak 3 kali pahala dia sama macam khatam Alquran. So xde alasan lagi. Bukan orang baik sahaja boleh beramal. Bukan geng geng masjid sahaja boleh kejar malam Alqadar. kita yang banyak dosa ni pun boleh kejar Alqadar.


Lastly, Penutup ini jangan lupa walaupun kita banyak dosa, Allah itu maha pengampun dan suka mengampunkan hambanya. Andai dosa kita sepenuh bumi sekalipun, jika kita mohon ampun kepada Allah nescahaya Allah maafkan. Justeru, jangan putus asa dengan rahmat dan keampunan Allah kawan2ku sekalian. Banyakkan berdoa, Allahumma innaka Afuwwun karim tuhibbul Affwa fafuanna. boleh Google doa ini. doa yang paling disarankan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. untuk berdoa pada malam2 Al Qadar.




So simple, kalau korang buat salah satu daripada amalan ini or buat semua amalan ini maka insaAllah, kita dapat keberkatan dan kelebihan malam Alqadar. Renung2kan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo