Sunday 6 November 2016

Apa Beza Direct Flight Dan Non Stop Flight?

Apa Beza Direct Flight Dan Non Stop Flight?

Nak cepat sampai kena ambil direct flight? Anda silap.

Nov 07, 2016


Oleh: Aimi Nordin Sumber: Bussines Insider
Ramai yang nak sampai ke destinasi cepat jadi ambil tiket direct flight sebab tak suka nak berhenti atau transit mana-mana. Tapi sebenarnya apa yang kita faham mengenai direct flight dan non stop flight tu silap.
1. Jika anda mahu sampai secepat mungkin ambil non stop flight.
Penerbangan ini akan terus ke destinasi yang anda mahu tanpa mana-mana perhentian. Tetapi inilah penerbangan yang paling mahal.
2. Direct flight walaupun akan membawa anda ke destinasi yang anda tuju tetap akan berhenti di tempat lain dahulu. Kiranya akan berhenti mana-mana sebelum tiba ke destinasi yang dituju. 
Penerbangan ini tak dikira sebagai 'connecting flight' kerana anda tak akan turun dari kapal terbang ini dan kekal dalam kapal terbang sahaja. Penerbangan ini lebih murah dari non stop flight tetapi jauh lebih mahal dari connecting flight.
3. Kenapa direct flight dipanggil direct sedangkan ada berhenti? Ini kerana nombor flight ini tak bertukar (walaupun mungkin nombor pesawat tukar). Connecting flight pula akan ada 2 (atau lebih) nombor penerbangan yang berbeza. 
Sekarang dah faham tak?

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo