Monday 26 March 2018

Kad Jimat Petrol

Kad Jimat Petrol. Sumber Zulzahar Zainal. siakap Keli


Mesti ramai di antara kita yang mempunyai kad ‘loyalty’ petrol dari mana-mana syarikat petrol yang ada. Ini kerana kita bukan sahaja mengisi petrol dari satu-satu syarikat petrol sahaja, bila mana ingin mengisi petrol, lebih-lebih lagi bila kecemasan, mana yang nampak dulu, pasti kita akan kunjungi terlebih dulu.

Dalam pada itu, kita pasti akan gunakan kad ‘loyalty’ petrol untuk mengumpul mata, dan diakhirnya boleh ditebus untuk mengisi petrol, atau membeli barangan lain di ‘mart’ petrol tersebut.

Namun tahukah anda, ada perbezaan kiraan ‘point’ dari setiap syarikat petrol yang ada, dan menurut perkiraan dari perkongsian saudara Zulzahar Zailan ini anda dapat kumpul ‘point’ yang berbeza dari setiap ‘petrol station’ yang ada ini. Banyakkah perbezaan setiap ‘petrol station’ tersebut? Mari kita ikuti perkongsian darinya.


a. Kali ni saya buat perbandingan kelebihan kad-kad loyalty petrol dari segi penebusan petrol

1. Caltex: Kad Journey 

1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma

Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM6,900
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.29/liter

2. Petronas: Kad Mesra 

1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma

Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM6,900
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.29/liter

3. BHPetrol: BHPetrol eCard

RM1 petrol = 1 point
550 points = RM5 petrol percuma
3000 points = RM27.27 petrol percuma

Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM3,000
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.28/liter

4. Shell: Kad Bonuslink

1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma

Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM6,900
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.29/liter

5. Petron: Kad P-Miles

RM1 petrol = 1 point
950 points = RM10 petrol percuma
1600 points = RM20 petrol percuma
3000 points = RM45 petrol percuma

Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM3,000
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.27/liter


b. Berdasarkan pengiraan ni, kad petrol yang paling menguntungkan mengikut turutan  (Harga semasa RON95 = RM2.30) :

1. Petron: Kad P-Miles (RM2.27/liter)
2. BHPetrol: BHPetrol eCard (RM2.28/liter)
3. Caltex: Kad Journey (RM2.29/liter)
4. Petronas: Kad Mesra (RM2.29/liter)
5. Shell: Kad Bonuslink (RM2.29/liter)

c. Untuk orang macam saya yang menggunakan 90.5 L petrol sebulan (perjalanan 60km sehari, hanya mengambilkira hari bekerja) , berikut adalah jumlah petrol yang dapat dijimatkan:

1. Petron: RM2.71
2. BHPetrol: RM1.81
3. Caltex, Petronas & Shell: RM0.90
4. Tanpa sebarang kad royalti petrol: Tiada penjimatan

Nota kaki:

1. Semua pengiraan berdasarkan penggunaan RON95 pada harga semasa RM2.30/liter
2. Contoh pengiraan untuk dapatkan nilai sebenar yang dibayar untuk per liter petrol:

Caltex
3000 L = RM6900 - RM30
1 L = RM?
1÷3000 × (6900-30) = RM2.29/L

Petron
1304 L = RM3000 - RM45
1 L = RM?
1÷1304 x (3000-45) = RM2.27/L

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo