Wednesday, 3 August 2016

Nas-T Sahkan Sudah Bernikah Dengan Atita Haris

Tanpa menyembunyikan sebarang rahsia, pelakon Nas-T mengesahkan sudah bernikah dengan Atita Haris pada Jumaat lalu.

Ogos 2, 2016

Oleh Zarul Zulkifli. Sumber RK

Tanpa menyembunyikan sebarang rahsia, pelakon Nas-T mengesahkan sudah bernikah dengan selebriti Instagram iaitu Atita Haris pada Jumaat lalu. Pasangan ini juga akan mengadakan sidang media pada hari Rabu ini menjelaskan keadaan sebenar.

Benar saya dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu (29 Januari). Tetapi saya tidak boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Tunggu sidang media nanti”

Kalau boleh saya mahu semua orang mendapat berita ini serentak untuk berlaku adil,” jelasnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Nas-T juga mengubah status hubungannya di Facebook kepada  mod sudah berkahwin. Mereka berdua mula berkenalan atas urusan kerja dan dilantik sebagai duta produk sebelum menjalinkan hubungan cinta.

Nas-T sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nabila Huda. Atita pula merupakan seorang janda anak satu. Semoga masjid yang mereka bina berkekalan hingga ke akhir hayat dan kekal bahagia selamanya.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo