Wednesday 3 August 2016

8 Tempat Menarik Untuk Pembelajaran Kanak Kanak Yang Mesti Dilawati

Ada beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur yang boleh anda bawa mereka.

OGOS 03, 2016

Oleh Ina Mohd. Sumber Expatgo

Zaman sekarang sememangnya kanak-kanak dilambakkan dengan gajet. Bayangkan kanak-kanak berusia dua tahun sudah tahu mengunakan telefon bimbit. Malah mereka boleh menjadi tidak tentu arah apabila tidak dapat gajet daripada ibu bapa. Seelok-eloknya, sebagai ibu bapa, jangan ajar anak-anak menggunakan gajet pada usia yang belum matang. Nanti mereka menjadi anti sosial, tidak bergaul dengan orang sekeliling. Hanya melihat gajet seperti telefon, ipad, tab dan sebagainya.

Anda boleh memberi gajet sebegitu kepada mereka tetapi hadkan masa untuk mereka menggunakan. Mungkin selepas mereka habis menyiapkan kerja sekolah atau beri mereka guna gajet tersebut dalam masa satu sehingga dua jam sahaja. Namun begitu, anda boleh membuat aktiviti luar bersama anak-anak supaya mereka lebih dekat dengan kehidupan sebenar. Ada beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur yang boleh anda bawa mereka.
 
  1. Pusat Sains Negara

Terletak di Bukit Kiara, anda boleh membawa anak-anak untuk menikmati teknologi sains. Kanak-kanak kadang-kadang suka perkara yang di luar kotak fikiran. Kami pasti mereka akan tanya itu ini apabila berada di Pusat Sains. Itu maknanya mereka ingin tahu dan berimaginasi tinggi.
 
  1. Kidz Zania

Salah satu tempat yang mana anak-anak anda boleh buat apa sahaja seperti orang dewasa. Mereka bukan sahaja hanya bermain malah belajar sesuatu. Mereka akan boleh berdikari apabila ibu bapa mereka tidak ada di sisi. Kidz Zania menekankan konsep edutainment iaitu pelajaran dan hiburan.
 
  1. Petrosains

Ini satu lagi tempat yang boleh anda bawa anak-anak. Di sini otak anak anda akan berkembang. Pelbagai perkara yang membolehkan mereka seronok untuk ke  Petrosains. Tidak jauh pun, hanya di KLCC.
 
  1. High5 Bread Town

Muzium roti! Bawa anak-anak anda ke sini! Mereka pasti teruja melihat bagaimana membuat roti. High5 Bread Town terletak di Shah Alam sahaja. Harga pun tidak mahal, bawah daripada RM20.
 
  1. Farm in the City

Selain daripada Zoo Negara, anda boleh bawa anak-anak ke sini. Banyak haiwan terdapat di Farm In The City. Anak-anak pasti suka melihat haiwan sebenar di depan mata. Sekurang-kurangnya tidaklah mereka mengadap gajet sahaja.
 
  1. Enfiniti Academy

Disamping sekolah biasa, anda boleh menghantar anak anda ke sekolah muzik. Mereka boleh belajar bermain piano, gitar, berlakon, menari dan sebagainya. Enfiniti Academy salah satu akademi yang bagus untuk kanak-kanak belajar apa itu seni.
 
  1. Aquaria KLCC

Ikan! Kanak-kanak pasti gemar haiwan seperti ikan tidak kira ikan besar atau kecil. Yang pasti ikan seperti ikan puas membuat mereka teruja. Haaa, bawa mereka ke sini. Pasti mereka seronok dan mulut akan becok bertanya itu ini kepada anda.
 
  1. Young Chef’s Academy

Kami percaya, tidak ada seorang kanak-kanak pun tidak mengotorkan dapur. Mereka pasti akan mencuba sesuatu perkara yang baru. Ada sahaja imaginasi mereka. Ada yang main tepung, konon-konon memasak dan sebagainya. Apa kata anda bawa mereka ke Young Chef’s Academy. Sini baru betul-betul mereka boleh menunjukkan ‘kepakaran’ mereka.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo