Tuesday, 26 July 2016

Selalu “kering” sebelum akhir bulan? Ini ada 6 tip untuk anda.


Selalu “kering” sebelum akhir bulan? Ini ada 6 tip untuk anda.

Selagi tak belajar guna duit dengan betul, selagi itu hidup kita tak akan selamat.
Dan semua orang bertanggungjawab dalam hal ini. Apa-apa pun, elok mulakan dengan ilmu asas dulu. Baru beralih ke yang lebih advance.

Apa nak buat kalau ada masalah ni?

Ini perkara biasa, masalah poket kering seminggu selepas terima gaji bagi orang bekerja atau masalah poket kering seminggu selepas terima payment bagi orang bisnes.
Dulu sewaktu di Jepun, ada seorang guru tua pernah berpesan kepada saya tip kewangan ini.
Moga membantu.

#1: Rancang perbelanjaan anda sekemas mungkin.

Dalam banyak perkara, kita hanya banyak memberi alasan dekat diri sendiri untuk terus berbelanja, tanpa sebarang rancangan.
Sebelum apa-apa, buat senarai perbelanjaan wajib setiap bulan, dan potong perbelanjaan yang tak perlu.
Berdisiplin sikit bos. Ikut betul-betul rancangan perbelanjaan bulanan yang kita dah buat tu. Sentiasa utamakan bayaran-bayaran yang wajib seperti bil-bil utiliti,  dan lain-lain.

#2: Belajar jinakkan nafsu berbelanja.

Perasan atau tak?
Selama ini, yang mendorong kita berbelanja bukannya keperluan kita. Tapi nafsu kita yang tak dapat dikawal.
Tengok orang beli handbag, kita pun tak nak kalah. Nak beli juga. Tengok orang tukar perabot, beli kereta, pakai baju mahal, lepak Starbucks, makan mewah semuanya kita nak ikut.
Untuk apa? Untuk menyesal selepas berbelanja?
Kita ada banyak pilihan untuk berjimat. Terpulang kat korang untuk tentukan sendiri.

#3: Sedekah sebagai pelincir rezeki.

Ini perkara yang tak perlu dinafikan lagi. Mudahkan rezeki kita mengalir lancar lagi deras dengan berbuat kebaikan. Dalam rezeki kita sudah tentu ada hak untuk orang lain.
Jadikan tabiat untuk menyumbang kat masjid, rumah anak yatim, pusat tahfiz dan sesiapa yang memerlukan tanpa rasa kesal walau sikit pun.
Contoh, setiap kali dapat gaji, beli sejadah dan letak kat surau. Satu tahun dah ada 12 sejadah. Jangan takut untuk memberi. The more you give the more you get back.

#4: Tanamkan tabiat menyimpan.

Setiap kali dapat gaji, selepas kita dah selesaikan belanja wajib, mohon disiplinkan diri untuk menyimpan.
Buat sendiri tabung yang kita rasakan perlu seperti tabung perubatan, balik kampung, percutian, roadtax, insuran kenderaan, serta banyak lagi.
Boleh rujuk instrumen pelaburan yang patuh syariah dalam pasaran. Beli cincin belah rotan setiap bulan dan simpan.
Menyimpan dulu, baru fikir nak berbelanja. Bukan nak ajar untuk jadi kedekut. Cuma nak kurangkan dahi yang berkerut bila poket kering.

#5: Gandakan pendapatan supaya bertambah masyuk.

Siang kita bekerja, malam kita buat apa? Tengok tv atau goyang kaki?
Hijrah diri. Lakukan pengorbanan sikit dalam hidup untuk lebih maju.
Cari kerja tambahan yang boleh berikan pendapatan tambahan harian atau bulanan. Di sebelah malam, boleh mengajar anak jiran mengaji, jadi tutor kelas tambahan, kerja kat 7-Eleven, atau sebagainya.
Kalau perlu basuh pinggan dan ambil order kat kedai makan sekalipun, apa salahnya? Paling penting kerja kita buat itu halal.

#6: Mula buat bisnes senang anda nak urus.

Ini bahagian yang paling ramai orang tahu dan angan-angankan. Tetapi biarlah angan kita itu semuanya logik dan mudah dicapai.
Disebabkan kita masih bekerja, carilah peluang bisnes yang tak menuntut modal atau masa yang terlalu besar.
Pandai memasak? Siapkanlah breakfast box untuk kawan-kawan kat pejabat. Ambil tempahan sehari awal dengan bayaran penuh.
Pandai tukar minyak hitam kereta? Ambil tempahan servis kereta kawan-kawan kat pejabat.
Suka menjual secara online? Jadilah ejen dropship produk kesihatan, kecantikan, gajet dan sebagainya secara online.
Mudah, kan?
Paling penting kena ada target harian. Kalau dapat untung sehari RM50 sekalipun, siapa yang nak bagi? Lepas belanja minyak dan tol pun dah cukup baik pada awal usaha ni.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo