Tuesday, 26 July 2016

Sanggup tak anda tahan 6 nafsu ini selama 5 tahun, demi pulangan pelaburan yang oshem?

Sanggup tak anda tahan 6 nafsu ini selama 5 tahun, demi pulangan pelaburan yang oshem?


“Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.”

Lepas 5 tahun, baru layan nafsu ini.

Menjadi pelabur hartanah bukanlah semudah yang disangka.
Banyak pengorbanan dan kesabaran diperlukan. Tak kira sama ada baru bermula mengumpul deposit rumah, atau dah membeli rumah pertama.
Ini bagi memastikan permohonan pinjaman korang lulus dan boleh survive uruskan hartanah pertama tanpa mengalami kerugian yang besar.

#1: Nafsu nak berkereta baru.

Bagi graduan yang baru mula bekerja, adalah digalakkan pergi kerja gunakan pengangkutan awam. Atau beli kereta secondhand yang kecil secara cash. Contohnya, Perodua Kancil.
Bertambah ohsem kalau korang kekal gunakan motor. Lagi banyak korang boleh jimat.
Sebab apa saya cakap macam ni?
Kalau korang beli kereta dulu, dan lepas tu nak beli rumah, kemungkinan besar permohonan pinjaman rumah korang akan ditolak. Ini akibat komitmen korang telah diambil alih oleh komitment kereta yang tinggi.
Bila guna pengangkutan awam atau beli kereta secara cash, korang confirm boleh jimat sehingga RM6,000 setahun.

#2: Nafsu nak melancong ke serata dunia.

Kekerapan melancong, tak kira dalam atau luar negara, akan buatkan semua orang susah nak menyimpan.
Banyak kos utama dan kos tersembunyi yang kita tak sedari. Kos petrol dan tol, tiket kapal terbang, kos hotel, kos makan, kos sewa kenderaan, kos beli cenderahati. Macam-macam.
Kadang-kala, kita lebih cenderung berbelanja lebih sebab terlampau teruja dengan tempat baru. Dah excited, mana nak ingat kan?
Tapi, kalau korang tak melancong, korang boleh jimat antara RM1,000-RM5,000 setahun.
Lagipun, kejap je 5 tahun. Lepas tu, boleh je nak melancong ke mana-mana yang korang suka.

#3: Nafsu nak melantak yang sedap-sedap setiap masa.

Zaman sekarang, terlalu banyak restoran dan gerai makan yang menawarkan pelbagai makanan yang enak dan menarik.
Dan harga pula boleh tahan mahal. Ia hanya akan menghakis duit poket kita.
Contohnya, café berkonsepkan hipster yang mana, harganya lebih mahal sebab mereka mengetengahkan konsep moden dan keselesaan.
Tak salah mencuba sekali dua, tapi janganlah sampai setiap minggu nak makan diluar.
Masak dekat rumah adalah lebih menjimatkan dan menyihatkan. Tak percaya? Cubalah dulu. Korang dapat jimat lebih kurang RM2,400 hingga RM4,800 setahun. Banyak tu.

#4: Nafsu beli barang baru dan berjenama.

Tak salah membeli sesuatu barang baru kalau ia adalah satu keperluan. Tapi ia akan bertukar jadi kehendak kalau ia tak perlu dan harganya terlampau mahal.
Contohnya, korang nak beli beg untuk ke ofis sebab yang lama dah terkoyak. Pilihlah beg dengan harga yang sederhana dan tahan kualitinya. Elakkan membeli hanya kerana jenamanya saja.
Kadangkala, sebahagian jenama letakkan harga yang terlampau mahal, tapi kualitinya sama sahaja seperti beg lain yang jauh lebih murah. Jadilah pengguna yang bijak. Boleh juga jimat RM200 ke RM1,000 setahun.

#5: Nafsu acah-acah nak window shopping.

Sebenarnya, lebih banyak keburukan keluar window shopping, melainkan korang memang berhajat nak beli barang keperluan atau lain-lain sebab.
Korang lebih cenderung untuk membeli barangan yang tak perlu dan wang sedia tu ada potensi berkurang untuk survive sampai akhir bulan.
Rancanglah pembelian sesuatu barang dan anda jimat RM500 ke RM2,000 setahun.

#6: Nafsu nak pakai gajet yang up-to-date.

Pembelian gajet juga boleh dikategorikan sebagai keperluan dan kadangkala kehendak.
Upgrade smartphone sempena keluarnya model baru jenama tersebut adalah satu pembaziran dan kehendak.
Dengan memakai handphone sedia ada (hingga ia betul-betul rosak) membolehkan kita menyimpan wang untuk pelbagai tujuan yang lebih baik.
Contohnya untuk melabur dalam hartanah, dana amanah, dan banyak lagi yang memberikan pulangan yang lebih baik. Boleh jimat RM500-RM2,000 setahun kalau korang tak bertukar-tukar gajet.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo