Sunday 10 July 2016

MAK SURUH BELI KERETA MAHAL. ANAK TERBEBAN TAK MAMPU BELI RUMAH.

MAK SURUH BELI KERETA MAHAL. ANAK TERBEBAN TAK MAMPU BELI RUMAH.
1. Komitmen RM862 untuk kita yang bergaji RM2,500 sebenarnya adalah sangat tinggi, 34%. Dengan gaji macam tu sepatutnya ansuran bulanan kereta kita kurang daripada RM375 iaitu 15% daripada gaji bulanan.
2. Ataupun, harga kereta yang patut dimiliki adalah tak lebih daripada gaji tahunan. RM2,500 x 12 = RM30,000. Layak, mampu dan perlu adalah berbeza.
3. Kita layak sebab bank akan luluskan, tapi kita mungkin tak mampu bila ditambah dengan kos-kos lain seperti minyak, tol, servis, cukai jalan.
4. Belum berkahwin, tapi lupa nak asing 30% daripada gaji untuk simpanan, sebenarnya kita masih belum mampu.
5. Dan kalaupun kita layak dan mampu, mungkin sebenarnya anda tak perlu pun kereta macam tu.
6. Kita takkan sedar tentang benda ni selagi kita tak terfikir perlunya beli rumah sebab nak beli rumah, perlu simpan duit sebagai deposit.
7. Kalau gaji kecil, komitmen dah tinggi bank pun memang susah nak luluskan pembiayaan untuk beli rumah.
8. Tak pandai bisnes. Hurm. Cubalah buat bisnes online yang tak perlukan modal. Dropship dan affiliate yang paling senang. Nak cadang buat Uber dan Grabcar macam tak sesuai pula sebab Cik HS ni perempuan.
9. Kewangan kita, kita yang tentukan. Jika ada ibu bapa suruh beli kereta mahal, terangkan baik-baik perancangan kewangan kita 2, 5 dan 10 tahun akan datang. Mungkin mereka perlu tahu.
10. Anak nak beli rumah murah (flat, apartmen) untuk pelaburan pun ada ibu bapa yang tak setuju. Disuruhnya anak beli rumah teres, padahal anaknya belum mampu.
11. Ambil iktibar, dan jangan ulangi kesilapan ini kepada anak-anak kita pula nanti. Ada nasihat dan cadangan untuk Cik HS? Kongsikan di ruangan komen ya. - HF
‪#‎harithfaisal‬

Assalamualaikum En. Harith. Saya Cik HS. Saya nak tanya. Gaji saya dalam RM2,500++ tapi dah beli kereta Vios dalam 2 tahun lepas atas permintaan mak.
Tapi sekarang saya macam terbeban dengan kereta sebab saya tak mampu nak beli rumah. Kereta tiap-tiap bulan bayar RM862. Agak terbeban di situ sebab nak bayar PTPTM, sewa rumah, simpanan, bagi kat parents lagi.
If saya nak jual kereta Vios tu pun, saya akan rugi. Cara lain adalah menambah pendapatan. Saya tak tau macamana nak tambah pendapatan tu sebab saya tak pandai buat bisness.
Ada tak cara lain daripada pihak Encik? Saya okay if dapat any suggestion sebab saya rasa saya tak mampu nak beli rumah sebab beban bayar kereta terlalu tinggi bulan-bulan. - Cik HS

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo