Saturday, 30 July 2016

Fazura Doakan Kebahagiaan Shaheizy Sam

Fazura Doakan Kebahagiaan Shaheizy Sam

Pelakon filem Langit Cinta, Nur Fazura mendoakan kebahagiaan Shaheizy Sam yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.





Oleh Razzlyn Rosli. Sumber NST & IG @missfazura

Pelakon filem Langit Cinta, Nur Fazura mendoakan kebahagiaan Shaheizy Sam yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Sam yang pernah dikaitkan dengan Fazura akan mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, aktres baru Syatilla Melvin pada 8 Februari ini.

"Saya gembira apabila mendengar berita yang Sam bakal mendirikan rumah tangga dengan Syatilla. Saya mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka sehingga ke anak cucu. Saya percaya yang kita semua wajar bahagia apabila melihat orang lain bahagia. Kisah saya dan Sam adalah sesuatu yang sudah lama berlalu. Saya bukan untuk dia, dia juga bukan untuk saya. Jadi, saya gembira apabila melihat dia bahagia," kata Fazura.

Ketika ditanya adakah dia bakal menghadiri majlis perkahwinan mereka, pelakon filem Kami Histeria itu menjelaskan yang dia akan hadir jika mendapat undangan.

No comments:

Post a Comment

Bonanza Sushi King 21-24 Ogos 2017

Bonanza Sushi King 21-24 Ogos 2017 Jimat2 Jimat Bonanza Sushi King