Anzalna Nasir Kenal Bakal Suami Di Myspace
Menerusi laman instagramnya, Anzalna ada berkongsikan serba sedikit mengenai kisah percintaannya.
Feb 16, 2016
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, pelakon utama drama bersiri 'Memori Cinta Suraya' iaitu Anzalna Nasir bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan kekasih hati, Hanif Zaki pada tanggal 21 Februari 2016. Menerusi laman instagramnya, Anzalna ada berkongsikan serba sedikit mengenai kisah percintaannya.
Menurut Anzalna, dia dan Hanif telah berkenalan jarak jauh hampir 10 tahun menerusi laman sosial 'Myspace' dan mereka bercinta sudah hampir 5 tahun lamanya. Sepanjang perhubungan jarak jauh, pasangan ini sering berhubung menerusi MSN Messenger, webcam dan juga BBM. Dan apa yang lebih menarik, Anzalna tidak pernah berkongsikan nombor telefonnya kepada Hanif sepanjang perkenalan mereka. Dan pada tahun 2010, barulah mereka berdua berjumpa dan bermulanya bibit percintaan diantara mereka.
Begitulah antara kisah percintaan yang dikongsikan oleh Anzalna. Dan pastinya sekarang ini mereka berdua giat melakukan persiapan untuk hari bahagia yang bakal menjelang tiba.
No comments:
Post a Comment