Monday, 20 June 2016

BUBUR LAMBUK MAT GEBU.......GEBU ker........

BUBUR LAMBUK MAT GEBU 

 Bubur lambuk Mat Gebu ni macam selalu jer saya dapat kat masjid hihi macam tak pekat sangat so saya suka saya suka....bak kata ipin upin...hihihi.....Kredit tu dapur tanpa sempadan.....

Bubur Lambuk Mat Gebu



BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g beras wangi, cuci dan toskan
300 ml santan pekat
4 liter air (atau secukupnya)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan, disimpul
1-2 cekak pucuk paku, disiang, cuci dan toskan
1 pokok daun ketumbar, dikerat2
1 tin kacang merah berkaleng, ditoskan
1 batang lobah merah, didadu kasar
7 batang putik jagung, potong serong
6 kuntum cendawan butang, hiris kasar
2 camca besar bawang goreng
Secubit koma-koma (saffron)
200 g daging batang pinang, dihiris nipis
40 g udang kering, rendam 15 minit, tos dan tumbuk kasar
1 kiub tulang rusuk "MAGGI"
Secubit gula dan garam secukup rasa
7 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*kisar halus)
1 1/2 camca besar rempah kurma
1 camca besar serbuk lada hitam
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng*(*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan bahan kisar, rempah kurma, udang kering dan daging. Masak hingga rempah garing dan daging kecut. Masukkan beras dan daun pandan, kacau rata. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Bila beras kembang, masukkan lobak merah, putih jagung, kiub tulang rusuk dan daun ketumbar. Kacau rata dan biar 10 minit, masukkan cendawan dan bawang goreng. Masak hingga nasi menjadi bubur. Kalau perlu tambah air.
  3. Kecilkan api dan tuang santan, masukkan koma2, serbuk lada hitam, secubit gula dan garam. Kacau rata dan renih hingga bubur kembang. Akhir sekali masukkan pucuk paku dan kacang merah dalam tin tadi, gaul rata. Masak sekejap, sesuaikan rasa dan boleh matikan api. Hidangkan bersama hirisan daun sup/bawang dan bawang goreng....

No comments:

Post a Comment

Bonanza Sushi King 21-24 Ogos 2017

Bonanza Sushi King 21-24 Ogos 2017 Jimat2 Jimat Bonanza Sushi King