Monday, 20 June 2016

BUBUR LAMBUK ORANG JOHOR.

BUBUR LAMBUK ORANG JOHOR. 

Bulan puasa ni kalau tak makan bubur lambuk tak sah, selalu ambil kat masjid jer...So kita search search kat internet jumpa lah resepi daripada Dapur tanpa sempadan cara buat bubur lambuk siap ada versi orang johor pulak tu hahahaha......Tapi macam pekat sangat jer.....dont mind boleh cuba ni....

rsz_bubur_lambuk_johor
rsz_bubur_lambuk_johor2rsz_bubur_lambuk_johor1

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras siam, cuci dan toskan
12 cawan air
1 cawan santan
1 helai daun pandan, simpul
2 batang serai, diketuk
1 camca besar penuh rempah kurma (Baba's)
1 kiub ayam
1 sup bunjut Adabi
1 cawan kacang kuda, rendam semalaman, toskan
1 cawan mix vege (karot. jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*kisar halus)
1 camca teh lada hitam, kisar halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 genggam pucuk paku merah yang siap disiang
Garam secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Telur didadar nipis dan  mayang halus
Serunding secukupnya (cm guna serunding daging)
Sedikit serbuk lada hitam...
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan rempah beriani, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecak minyak. Masukkan beras, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda (toskan) dan isi ayam. Kacau rata dan masak hingga beras kembang menjadi bubur dan kacang kuda empuk. Tambah mix vege, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. 
  3. Masuk santan, kacau dan jika suka cair, boleh tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan daun pucuk paku merah, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bubur lambuk dengan bahan2 sampingan. Sedap dimakan panas..

No comments:

Post a Comment

Bonanza Sushi King 21-24 Ogos 2017

Bonanza Sushi King 21-24 Ogos 2017 Jimat2 Jimat Bonanza Sushi King