Friday, 28 August 2015

Undian Liga Europa



Liga Europa: Keputusan undian peringkat kumpulan merangkumi Liverpool, Spurs MONACO: Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool diundi bersama pasukan Rubin Kazan (Russia), Bordeaux (Perancis) dan Sion (Switzerland) dalam Kumpulan B pada saingan Liga Europa musim ini. Bekas juara Liga Juara-Juara itu diletak sebagai pilihan kedua di belakang Rubin dari Russia. Satu lagi pasukan EPL, Tottenham Hotspur diundi dalam Kumpulan J bersama pasukan Anderlecht (Belgium), Monaco (Perancis) dan Qarabag (Azerbaijan). Pasukan berkenaan yang menduduki tangga kelima EPL musim lalu diletak sebagai pilihan pertama kumpulan. Proses undian Liga Europa ini diadakan di sini, sebentar tadi. Saingan liga ini akan bermula pada 17 September ini, dengan dua pasukan teratas akan mara ke pusingan kalah mati pada Februari. KEPUTUSAN UNDIAN PERINGKAT KUMPULAN KUMPULAN A: Ajax (Belanda), Celtic (Scotland), Fenerbahce (Turki), Molde (Norway). KUMPULAN B: Rubin Kazan (Russia), Liverpool (England), Bordeaux (Perancis), Sion (Switzerland). KUMPULAN C: Borussia Dortmund (Jerman), PAOK (Greece), Krasnodar (Russia), Qabala (Azerbaijan). KUMPULAND: Napoli (Itali), Bruges (Belgium), Legia Warsaw (Poland), Midtjylland (Denmark). KUMPULAN E: Villarreal (Sepanyol), Viktoria Plzen (Czech Republic), Rapid Vienna (Austria), Dinamo Minsk (Belarus). KUMPULAN F: Marseille (Perancis), Braga (Portugal), Slovan Liberec (Czech Republic), Groningen (Belanda). KUMPULAN G: Dnipro Dnipropetrovsk (Ukraine), Lazio (Itali), Saint-Etienne (Perancis), Rosenborg (Norway). KUMPULAN H: Sporting Lisbon (Portugal), Besiktas (Turki), Locomotive Moscow (Russia), Skenderbeu (Albania). KUMPULAN I: Basel (Switzerland), Fiorentina (Itali), Lech Poznan (Poland), Belenenses (Portugal). KUMPULAN J: Tottenham (England), Anderlecht (Belgium), Monaco (Perancis), Qarabag (Azerbaijan). KUMPULAN K: Schalke (Jerman), APOEL (Cyprus), Sparta Prague (Czech Republic), Asteras Tripolis (Greece). KUMPULAN L: Athletic Bilbao (Sepanyol), AZ Alkmaar (Belanda), Augsburg (Jerman), Partizan (Serbia).

No comments:

Post a Comment

Minyak naik lagi.............

Diramalkan minyak akan naik lagi............... maka.............isilah minyak ramai ramai.......... harga minyak semasa 1L=Rm2.38 R...