Wednesday, 22 June 2016

Adab berdoa....

Rakan-rakan yang dihormati sekalian, adapun dibulan ramadhan kita dituntut untuk membanyakkan berdoa meminta ampun kepada Allah S.W.T. Antara waktu yng mustajab doa adalah sebelum berbuka.puasa.....

So rakan-rakan yang dah duduk depan meja makan tu tunggu lagi 10 minit nak berbuka...maka angkatlah tangan sebentar untuk berdoa kepada Allah....

Mintalah ampun kepada Allah kerana Allah maha pengampun, dan suka mengampunkan dosa hambanya......

Maka adapun ilmu yang saya dapat tadi apabila kita hendak berdoa janganlah berdoa terlalu detail or spesific....
Doalah perkara yang general atau umum.....

Sebagai contoh, (dalam kes doa minta jodoh)Janganlah berdoa "Ya Allah kurniakan lah aku isteri yang cantik umpama bulan, pipi gebu umpama kapas, matanya bersinar umpama permata".

Adapun berdoalah seperti...."Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang solehah dan baik budi pekertinya, yang dapat menjadi penyejuk mataku apabila memandang".

Hal ini kerana jika kita minta terlalu spesifik takut takut apabila Allah beri kita jauzah yang tidak menepati spesifikasi kita, lantaran kita akan kecewa......

Justeru ingatlah....Allah itu Al-Hakim....maha bijaksana....segala pemberian Allah itu adalah yang terbaik buat kita....

Rajin-rajin berdoa selamat beramal.....

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo