Assalam dan selamat petang....
Hari ni nak cerita sedikit pasal ikan.....
Hihihi, eh eh ni bukan pasal menu berbuka puasa.....
Ikan yang nak diceritakan ini adalah tamsilan ataupun perumpamaan para ulamak....
Adapun kat dalam lautan yang luas ada seekor ibu ikan yang sedang menasihati anak anaknya.....
Ibu ikan tu pun berkata "Wahai anak anak ku jauhilah engkau daripada umpan umpan cacing yang tergantung diatas tali....."
"Jangan kau makan walaupun ianya nampak sedap dan lazat dimata kamu".
Kata ibu ikan lagi.....
"Kalau kamu makan cacing itu maka lidah kamu dan mulut kamu akan ditarik sekuat kuatnya...."
"Lalu kamu akan diletakkan kedalam baldi yang tiada air"
"Adapun kadangkala kamu akan disimbah garam yang pedih"
"Lalu kamu akan dibawa kedalam satu kenderaan yng dipanggil kereta"
"Berjam jam kamu sesak nafas dan hampir mati, lalu kamu akan diletakkan diatas papan pemotong"
"Disitulah kulit kamu akan disiat siat, daging kamu akan dipotong potong, dan kamu.akan dimasukkan kedalam minyak dan air yang panas"
"Lalu kamu akan dingap ngap oleh manusia, tulang kamu pula akan di ngap ngap oleh kucing.....lalu kamu akan dingap ngap oleh semut....lastly cacing akan makan kamu semula......"
"Justeru itu, jauhilah umpan umpan cacing itu dan jangan makan ia"
"Dengarlah nasihat ibumu ini yang bercakap jujur"
Adapun lepas mendengar ceramah ibunya tadi ikan A dan ikan B berbeza pendapat.....
Ikan A patuh pada ibunya kerana takut dengan akibatnya yang diceritakan ibunya....
"Ikan B pula percaya cakap ibunya tetapi kerana sikap degil dan nafsunya lalu ia pun makan cacing itu"
Maka apa yang diceritakan pada ikan itu oleh ibunya pon terjadi....
Dipendekkan cerita....begitulah yang akan terjadi jika kita implimentasikan cerita tersebut dalam diri kita manusia.....
Sebagai seorang hamba Allah kita telah diceritakan yang mana dosa dan yang mana pahala.....tapi kita tetap juga melakukan dosa kerana sikap degil kitadan nafsu kita......
Maka sempena bulan ramadhan ini marilah kita berdoa banyak2 pada Allah minta ampun.....so jangan jadi macam ikan B ok....taatlah kita macam ikan A......
Ikan oh ikan....
Hari ni masak ikan lauk apa?....
Assalam...
No comments:
Post a Comment