[ 4
PERKARA SUNAT DILAKUKAN SELEPAS AKAD NIKAH ]
Mendirikan
rumahtangga yakni berkahwin adalah perkara yang dituntut dalam Islam. Selain
memenuhi tuntutan fitrah, ganjaran pahala yang
besar menanti apabila kita menghalalkan ikatan antara lelaki dan perempuan.
Sekiranya anda akan bernikah tidak lama lagi, kami kongsikan 4 perkara sunat
dilakukan selepas sah akad nikah perkahwinan.
1.
Solat Sunat Selepas Akad Nikah
Lafaz
Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat
pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.
2.
Sujud Syukur
Lafaz
Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.
3. Si
suami meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa
“Ya
Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau
tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan
kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku
dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki
dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan
orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).
4.
Ister bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucapkan 2
kalimah syahadah
Ini
adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai
suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun
isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang
akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya
dengan berhemah.
Semoga
4 perkara sunat ini dibuat ye selepas majlis akad nanti. Jangan lupa share
kepada pasangan dan rakan-rakan
:) :) :)
ReplyDelete