Friday 13 January 2017

Lelaki Tahu Tak Apa Fungsi Setiap Jenis Lipatan Kat Kemeja Ni? Ni Rupanya

Lelaki Tahu Tak Apa Fungsi Setiap Jenis Lipatan Kat Kemeja Ni? Ni Rupanya

Jan 14, 2017

Oleh: Aimi Nordin
Buat lelaki yang setiap hari pakai baju kemeja pergi pejabat, mesti perasan ada beberapa jenis lipatan pada bahagian baju kemeja tu. Tapi semasa beli tahu tak apa fungsi lipatan tersebut? Sebenarnya ada tujuan dan fungsi kenapa ia ada beberapa jenis.
Ada tiga jenis iaitu : 

1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat
Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Kesian kat perut tu. Sekurang-kurangnya bolehlah jugak bernafas kan? Untuk lelaki yang kurus dan tak ada perut, jika memakai kemeja jenis ini kebiasaannya akan kelihatan kurang kemas.
2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan @ Side Pleat
Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Contohnya untuk 'Abang-abang Sado'

3. Tiada Lipatan @ Pleatless
Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan muatan di bahagian perut atau bahagian badan yang lain. Untuk yang berbadan sederhana, kalau rasa-rasa nak pakai jugak jenis ini, carilah kemeja yang mempunyai potongan Regular Fit dan bukannya Slim Fit.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo