Tuesday 24 January 2017

Asyik Salah Faham, Ini 5 Perkara Yang Pramugari, Pramugara Tak Boleh Lakukan Untuk Anda

Asyik Salah Faham, Ini 5 Perkara Yang Pramugari, Pramugara Tak Boleh Lakukan Untuk Anda

Jan 24, 2017

Oleh: Aimi Nordin Sumber: Hanasuva 
Banyak kes viral apabila pramugari atau pramugara tak mahu menolong mengangkat beg dalam pesawat dan sebagainya. Itu merupakan salah satu BUKAN tugasan dan tanggungjawab mereka. Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu dan menganggap mereka tak lakukan tugas.
Kami senaraikan antara 6 perkara yang TAK BOLEH dilakukan pramugari dan pramugara semasa di dalam penerbangan.
1. Tak boleh simpankan beg anda di tempat simpanan beg
Ini selalu terjadi apabila penumpang meminta bawakan beg atau ambilkan beg. Sebenarnya bukan diorang taknak, tapi tak boleh kerana takut akan menyebabkan kecederaan.
2. Tak boleh suka hati minta tangguhkan penerbangan
Jangankan pramugari atau pramugara, juruterbang sendiri pun tak boleh nak tangguhkan penerbangan sesuka hati.
3. Tak boleh terima tip dalam bentuk wang tunai
Pramugara atau pramugari tak boleh terima tip dalam bentuk wang tunai. Kalau anda nak beri pun mungkin boleh bagi coklat?
4. Tak boleh arahkan penumpang tukar tempat duduk
Nak tukar tempat duduk sebab nak duduk sebelah kawan? Pramugari tak dibenarkan untuk menyuruh atau memaksa sesiapa tukar tempat duduk. Kalau nak, mungkin boleh tukar sama suka atau kalau ada tempat duduk kosong.
5. Tak boleh beri pen dalam penerbangan antarabangsa
Krew kabin tak lagi dibenarkan untuk beri pen kepada penumpang. Nak isi borang kastam perlu ada pen sendiri okay?

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo