Wednesday 28 December 2016

Scan Je Muka Dah Tahu Korang Nak Order Makanan Apa. Power ke Tak?

Scan Je Muka Dah Tahu Korang Nak Order Makanan Apa. Power ke Tak?


face-recognition-kfc
Oleh Syazwan Aizad. Sumber Techcrunch
Pernah tak terjadi bila sampai kedai makan, korang tak tahu nak order makanan apa?
ca10fafeb7a54a3db301579d28bf9996d3dd88e8619988795be01d9727c623d3
Sebuah restoran segera yang popular di serata dunia kini berkerja sama dengan sebuah syarikat enjin carian Baidu di Beijing, menyediakan konsep restoran face-recognition, dimana mesin pengimbas akan menyediakan makanan berdasarkan riak wajah kita.
smsh1462521422
Menurut Baidu, daripada riak wajah seseorang, program akan memesan makanan yang sesuai mengikut jantina dan umur. Misalnya, seorang lelaki berusia 20-an mungkin lebih sesuai dengan burger ayam, kepak ayam dan air bergas. Sebaliknya bagi seorang gadis berusia 20-an, mesin akan memesan bubur dan air soya sebagai menu.
Begitu juga mereka yang berwajah sedih, mesin akan memesan makanan yang banyak untuk mereka.
000192948_5
Tambahnya lagi, bagi pelanggan yang kerap makan di restoran tersebut, pesanan yang sama akan disediakan berdasarkan mesin pengimbas wajah yang telah merekodkan pesanan terdahulu.
kfc-and-baidu-working-on-facial-recognition-tech-to-guess-customers-orders
Maksudnya, korang makan jelah apa yang mesin tu sediakan.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo