Tuesday 20 December 2016

Rakyat Malaysia Hilang Dompet, Wang Berjumlah RM 6,200 Di Jepun Pukul 4 Petang, 8.30 Malam Dapat Semula

Dec 20, 2016


Oleh: Aimi Nordin
Jepun adalah sebuah negara yang penduduknya sangat jujur dan amanah. Boleh dikatakan anda tak perlu risau jika melancong ke sana kerana tiada peragut dan sebagainya. Bahkan, jika anda kehilangan barang atau tertinggal, peratus untuk anda dapat semula barang anda sangatlah tinggi.
Seorang rakyat Malaysia, Lim Boon Sun kehilangan dompetnya yang berisi wang tunai bernilai RM 6,200 semasa berada di Kyoto, Jepun lebih kurang jam 4 petang. Jam 6 dia membuat laporan polis dan pihak polis memberitahu sudah ada orang yang menjumpai dompetnya dan dihantar ke balai polis lain.
Jam 8.30 malam, dia mendapatkan semula dompetnya dengan kesemua wang masih berada di dalam dompet. Wah! rakyat yang sangat jujur dan polis yang sangat efisyen. Terima kasih Jepun!

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo