Tuesday 22 November 2016

9 Selebriti Korea Ini Pernah Hidup Miskin Sebelum Menjadi Popular

9 Selebriti Korea Ini Pernah Hidup Miskin Sebelum Menjadi Popular

Menjadi seorang selebriti ternama adalah merupakan impian dan idaman kepada anak-anak muda di Korea Selatan.....

Nov 23, 2016


Menjadi seorang selebriti ternama adalah merupakan impian dan idaman kepada anak-anak muda di Korea Selatan. Sebab utama adalah kerana dengan karier sebagai seorang selebriti, masa depan mereka akan lebih terjamin.

Namun bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti ternama di sana kerana usaha dan semangat tidak putus asa perlu ada dalam diri kerana mereka perlu bersaing dengan selebriti yang lain juga. Malah, beberapa selebriti K-Pop yang kini telah berjaya pernah hidup dalam keadaan yang miskin sehinggakan tidak mampu untuk membeli makanan.

Di sini kami nak senaraikan 9 artis terkenal Korea yang dahulunya pernah hidup dalam keadaan susah dan kini telah berjaya menempa nama dalam bidang hiburan di atas usaha gigih mereka. Jom kita tengok.

1. V- BTS

V adalah ahli kumpulan dari Bangtan Boys yang kini digilai oleh ramai wanita. Tetapi dia mempunyai kisah sedih di masa lampau. V berasal dari keluarga miskin dan ibu-bapanya bekerja sebagai petani. Mereka tinggal jauh dari bandar Seoul.

2. Suga- BTS

Rapper yang sangat berbakat dari group BTS ini berasal dari keluarga yang daif dari Daegu. Suga pernah berkata dia tidak percaya dengan apa yang dimilikinya sekarang setelah kejayaan kumpulan BTS.


3. Leeteuk- Super Junior

Super Junior menjadi group yang diminati oleh peminat K-Pop di seluruh dunia. Tetapi di sebalik keyaan yang mereka cipta selama ini, Leetuk yang merupakan ketua Super Junior mempunyai pengalaman hidup yang menyedihkan. Leeteuk berasal dari keluarga miskin dan semasa dia kecil, dia selalu melihat pergaduhan di antara ibu-bapanya dan dia juga selalu dipukul oleh ayah kandung sendiri.


4. U-Know Yunho- TVXQ

Selebriti ini sentiasa tampil konfiden dan bergaya di atas pentas. Sebelum menjadi terkenal, ayahnya pernah diisytiharkan muflis dan keluarganya pernah tinggal di dalam kereta atas faktor kesempitan wang.


5. Hero Jaejoong- JYJ

Sebelum menjadi terkenal, Jaejoong pernah lari dari rumah dan prnah bekerja sambilan. Ketika dia tidak mempunyai duit untuk makan, dia akan mendermakan darahnya untuk mendapatkan wang.


6. Sandara Park- 2NE1

Gadis jelita ini juga mempunyai pengalaman pahit dalam hidup sebelum ini. Hidupnya berubah setelah mendapat tahu ayahnya berkahwin lain dan membolot semua harta Sandara dan ibunya. Selepas itu, hanya Sandara sahaja menjadi tempat untuk keluarga bergantung.


7. IU

Ketika kecil, IU pernah dijaga olehneneknya. Ini disebabkan kedua orang tuanya tidak mampu menjaga IU kerana dibebani dengan masalah hutang sehingga keluarganya terpaksa membawa diri dan menyerahkan IU kepada neneknya.


8. Goo Hara

Ketika berusia 7 tahun, kedua ibu-bapanya telah bercerai dan Goo Hara dijaga oleh neneknya. Belum cukup dengan kesedihan yang dialami setelah ibu-bapanya berpisah, Hara selalu menjadi mangsa buli ketika di alam persekolahan.


9. Seo In Guk

Aktor kacak ini berasal dari keluarga yang sangat miskin hinggakan keluarganya tidak mampu untuk membeli juadah ayam goreng dan kalau pun berjaya mendapatkan ayam goreng, keluarga Seo In Guk akan menyimpan tulang ayam tersebut untuk dimakan kemudian hari.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo