Wednesday 23 November 2016

10 Tips Sewa Kereta Di Luar Negara Yang Korang Harus Tahu

10 Tips Sewa Kereta Di Luar Negara Yang Korang Harus Tahu


10 TIPS SEWA KERETA DI LUAR NEGARA - Lyna Noh

Berbekalkan sedikit pengalaman menyewa kereta di beberapa negara seperti Australia, New Zealand, Korea, Cyprus, Thailand, Jordan,Qatar, Jepun, Iceland, Ireland, Switzerland, UK & beberapa lagi, izinkan saya berkongsi beberapa tips menyewa kereta bila nak memandu di luar negara.

1. Lesen Malaysia atau IDP?

Mungkin kita pernah dengar orang cakap "Aku pegi situ situ tak payah IDP pun, lesen Malaysia boleh je" tapi ketahuilah, lain negara, lain requirement. Check dulu negara yang dituju perlukan kita buat IDP atau tidak & age limit. Sebagai contoh, Ireland mewajibkan IDP walaupun lesen kita dah translate ke BI, begitu juga dengan Korea. Cyprus yang berbahasa Greek tu tak ada pula requirement macam tu. Pendekata, check dulu.

2. Survey syarikat kereta terbaik

Biasanya kami guna aplikasi Kayak untuk buat survey rate terbaik dan servis terbaik. Sesetengah syarikat kereta sewa turut menyediakan sewa mobile wifi dgn kadar yang rendah atau percuma! Make sure baca segala t&c dan review.

3. Sedia untuk bayar deposit

Bagi pemegang kad kredit mungkin tak ada isu, tapi utk kad debit atau cash, sediakan baki yang cukup utk bayar deposit. Deposit ni akan dapat balik, tapi kalau tak bayar, mungkin kereta pun tak dapat.

4. Bawa car charger & gajet sendiri

Biasanya syarikat kereta tak sediakan car charger jadi bawalah sendiri punya. Takkan nak beli pula mahal-mahal.

5. GPS

GPS kereta sangat penting untuk negara2 yang kurang Waze-friendly, jalan terlalu simpang siur dan yang tak berapa guna Google Maps. Uruskan hal GPS dgn syarikat kereta sewa agar dapat GPS latest. Kalau diorang tak ada, mintak recommend kat mana boleh sewa GPS yang latest.

6. Parkir

Yang ni sangat penting especially untuk penginapan. Make sure ada sediakan ruang parkir dan kalau boleh yang free.

7. Book awal2

Booking awal agar dapat kereta yang kita mahu, dan keperluan2 lain yg kita perlu. Misalnya company kereta sewa ada GPS yg terhad atau carseat yang terhad. Lebih senang tempah awal2 kan?

8. Internet

Sebaiknya dapatkan mobile Wifi atau data roaming untuk memudahkan perjalanan, in ase GPS tak betul atau tak ada GPS. Kalau tak ads mobile internet, set siap2 sebelum gerak dari tempat inap (mestila ada wifi kan? Kalau semua takde guna lah map & sign board).

9. Carseat (highlighted by Fadiah Abu Zarin)

Carseat untuk anak boleh sewa dgn company car rental. Ada yg bagi as complimentary tapi kena inform awal. Kami guna Trunki Boostapak kerana ia ringan dan boleh dijadikan beg. Walau bagaimanapun, best is bawa sendiri sebab kita taktau sejaeah carseat company rental tu.

10. Snow chain (highlighted by Redza Yusoff)

Sesetengah rental company di negara seperti di Eropah & New Zealand mewajibkan bawa snow chain utk driving di musim sejuk atau di kawasan pergunungan. Boleh sewa dgh mereka. Kalau tak wajib pun boleh request kalau drive semasa winter atau ke alpine.

Self drive trip atau public transport? Bergantung pada itinerary, tujuan dan bilangan ahli rombongan. Kalau nak stay satu area saja, buat apa nak sewa-sewa kereta, habis duit parking aje nanti.

Harap boleh beri panduan ye sedikit sebanyak bagi yang sedang plan road trip overseas.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo