Friday 23 September 2016

Dari Jenis Darah Boleh Tahu Personaliti Diri Kita. Macam Mana?

Dari Jenis Darah Boleh Tahu Personaliti Diri Kita. Macam Mana?

Wah, tak sangka daripada jenis darah boleh tahu personaliti kita macam mana kan?

Sep 23, 2016

(Gambar: livescience)
Oleh: Aimi Nordin
Darah A
  • Individu yang tegas
  • Bersifat konservatif, bertanggungjawab dan menepati masa
  • Kerja rumah dan tugasan siap pada waktunya
  • Paling berjimat cermat dan sikap inilah yang menjadikan individu darah jenis A berjaya
  • Mudah mesra dengan individu darah yang sama jenis, AB dan O
  • Mereka lebih menghargai dan tertarik kepada sifar rasional dan sistematik dari AD dan sifat kepimpinan O. 
Darah B
  • Lebih ceria dan suka bergembira. Senang teruja, impulsif dan sering bertindak di luar jangkaan. 
  • Suka lakukan sesuatu secara mengejut dan tiba-tiba seperti memandu 3 jam hanya untuk makan nasi lemak yang mereka nampak dalam majalah
  • Mereka dari darah jenis B berkawan baik dengan individu dari kumpulan darah yang sama dan AB
  • Hubungan antara kedua jenis darah ni berpotensi untuk kekal lebih panjang.
Darah AB
  • Seorang pemikir yang hebat, lebih tenang, rasional dan teratur
  • Dengar banyak pendapat sebelum buat keputusan
  • Suka menjelaskan sesuatu perkara secara panjang lebar
  • Seorang yang sangat teratur
  • Mudah mesra dengan semua jenis darah mungkin disebabkan perwatakan mereka yang tenang ni
Darah O
  • Lahir sebagai seorang pemimpin kerana mereka berkeyakinan, bercita-cita tinggi dan peramah.
  • Mudah memujuk orang lain dan menukar pemikiran orang lain
  • Seseorang yang suka menonjolkan diri
  • Seorang yang berkeyakinan tinggi dan keberanian yang menyerlah
  • Lebih selesa berkawan rapat yang mereka dari kumpulan AB namun kurang mesra dalam kumpulan darah yang sama.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo