Monday, 8 August 2016

Tips-tips nak beli durian

Tips-tips nak beli durian

1) Pastikan durian tersebut tak merekah.
Elakkan beli durian yang merekah sebab durian yg dah merekah ni dikhuatiri telah lama, mungkin dah sehari lebih. So dah tak fresh dah. Lagipun, gas2 durian tu dah hilang, so bila makan nanti, ‘uummpphhh’ dia dah takda.
2) Jangan beli durian tangkai yang kecut.
Sebab tangkai yang kecut ni selalunya buah yang lama, mungkin 2 hari.
3) Bau dulu di Buntut durian tu.
Kalau bau sedap , lemak, elokkk… Ambik je. Kalau bau x berapa ada, try pilih yang lain dulu.
4) Goncang durian dulu sebelum beli.
Goncang dulu, baru pilih. Sebab selalunya isi yang tak ‘Mangkaq’ @ keras, kita akan dengar bunyi bergoncang.
5) Suruh tokey durian tebuk dulu durian.
Ini untuk memastikan durian tu kompom masak, tak keras dan colek laa sikit rasa.. kalau saya selalu tebuk dulu kat costumer, biar diorang puas hati.
6) Pastikan duri durian tu keras.
Try rasa duri tu, tekan dgn jari. Jangan cucuk jari dah laaa… Kalau buah tu lama, duri tu akan lembut. Kalau baru lagi, keras laa.
7) Tanya dulu buah tu dari mana
Saja je test tokey durian tu, betul ke durian tu durian setempat. Kot2 la durian siam. Sesetengah orang tak suka durian siam. Tapi kalau test ok, sebat je la.kalau saya, batu kurau n balik pulau is the best.
8) Tanya tokey kalau buah tak masak boleh tukar tak?
Kalau tokey yang jujur, nak pelanggan dia datang lagi beli durian, dia akan bertanggungjawab ganti balik durian tu kalau buruk atau keras. Sebab kita jual durian nak bagi orang makan. Ini beli mahal2, nak makan tak boleh, last2 dapat sumpah seranah je… Belum lagi costumer datang lempar durian mangkaq depan kedai. haha. Saya jual selalunya berlapang dada tukar buah yang tak elok. Costumer kena jaga hati jugak.
9) “Saya nak buah isi kuning!”
Kalau korang nak buah yg isi kuning, bagi tau je tokey tu. Kalau dia berpengalaman, senang je dia pilih. Kalau dia kata tak tau… Nasib lah. Haha. Korang suruh dia potong sikit tangkai buah tu. Ada nampak urat2 kat tengah2 tangkai tu, kalau kaler kuning sikit, inshaAllah dlm tu kuning. Kalau tak, mungkin putih.
10) Jangan takut nak ambik buah yang ada getah kat bawah buah.
Sebenarnya, tokey durian letak getah sebab nak mengelakkan durian tu merekah je.
11) Pilih buah yang bentuk macam jantung.
Selalunya buah yang bentuk jantung ni, isi dia memang elok. Susah la nak jumpa yang problem.
12) Pilih buah yang berduri halus tajam atau duri besar tumpul.
Selalunya jenis ni tak pernah mengecewakan.
13) Pilih buah yang bertangkai panjang.
Pilih jenis ni, selalunya buah tangkai panjang sentiasa memberikan kejutan pada kita. Huhu… (Ini serius).
14) Elakkan beli di pasar malam.
Bukan nak tutup periuk nasi peniaga pasar malam. Tapi, contohnya kita beli durian di pasar malam, tiba2 dapat buah tak elok, esoknya kita nak tukar. Pasar malam tak ada dah, kena tunggu minggu depan pulak. Beli la kat peniaga yang jual tetap di suatu tempat.

No comments:

Post a Comment

Bonanza Sushi King 21-24 Ogos 2017

Bonanza Sushi King 21-24 Ogos 2017 Jimat2 Jimat Bonanza Sushi King