Wednesday, 3 August 2016

Selepas 16 Tahun, Ini Cerita Seram dan Sedih Disebalik Lagu 'Sephia' Sheila On 7

Hey Sephia. Malam Ini Ku Takkan Datang..

Aug 03, 2016

Sumber: Twitter @Helloluqman  Oleh: Aimi Nordin

Mereka yang lahir 80-an dan 90-an pasti dibesarkan dengan lagu-lagu legend Sheila On 7 seperti Sephia, Dan dan Pria Kesepian. Lagu Sephia bila tengok liriknya pasti kita ingatkan kisah sedih percintaan. Bagaimanapun, selepas 16 tahun umur lagu ini, cerita sebenarnya sedikit seram namun menyedihkan.

Sephia sebenarnya merupakan peminat tegar Sheila On 7. 
 
Cerita bermula bila gitaris, Eross dapat satu panggilan telefon dari seorang wanita bernama Sephia yang katanya telefon dari sebuah public phone depan rumah Eross. Tapi bila Eross check, tak ada sesiapa pun di depan rumahnya. Eross tak berpuas hati dan cari sebanyak mungkin info pasal Sephia dan jumpa alamat rumahnya. 
 

 
Setelah berjumpa dengan kedua orang tua Sephia, mereka menjelaskan Sephia meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk ke konsert Sheila On 7. Mereka juga bawa Eross melihat bilik anaknya yang dipenuhi poster Sheila On 7 dan membawa Eross ke kubur Sephia. 


 
Disebabkan kejadian itu, Eross terus menulis lagu Sephia yang ditujukan khas untuk peminat setianya, Sephia. Eross juga menulis 'I LOVE MY SEPHIA' pada salah satu gitar kesayangannya dan akan selalu tunjuk gitar tersebut pada peminatnya. 


 
Tahun ini semasa Sheila On 7 adakan konsertnya di Kuala Lumpur, Eross ada tunjukkan gitar kesayangannya. 

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo