Monday, 1 August 2016

peraturan baru menjelang sepak mula musim 2016-17

peraturan baru menjelang sepak mula musim 2016-17

Photo credit: Soccerbible.com
Liga Perdana Inggeris yang bakal bermula tidak lama lagi akan menyaksikan 12 peraturan baru diperkenal. Berikut merupakan antara peraturan baru yang akan diimplimentasi dalam musim baru ini.


chelsea-man-united-red-card_3411327
  1. Pemain yang menghalang jaringan di dalam kotak penalti secara sengaja tidak lagi akan diberikan kad merah, penalti dan penggantungan. Hanya penalti dan kad kuning yang akan diberikan.

referee-mike-jones-john-terry-chelsea-wahbi-khazri-sunderland-red-card_3463858
  1. Kad merah boleh dilayangkan untuk sebarang insiden atau kesalahan yang dilakukan sebelum perlawanan.

football-kick-off-euro-2016_3751414
  1. Sama seperti di Euro 2016, sepak mula tidak perlu dimulakan dengan tolakan ke depan, tetapi boleh terus disepak kepada rakan sepasukan di belakang.

joe-ledley-crystal-palace-injury_3464287
  1. Jika ada pemain yang dikasari dan mengalami kecederaan oleh pihak lawan yang dikenakan kad kuning atau merah, pemain berkenaan boleh dirawat tanpa perlu meninggalkan padang.

football-boots-change-boots_3751423
  1. Pemain yang meninggalkan padang untuk menukar kelengkapan (cth: jersi dan kasut) hanya perlu diperiksa oleh pembantu pengadil sebelum masuk kembali ke padang. Peraturan sebelum ini menyatakan mereka perlu menunggu kebenaran dari pengadil perlawanan.

everton-norwich-city-leighton-baines-penalty-goal-premier-league_3467179
  1. Pemain yang mengambil sepakan penalti tidak lagi dibenarkan membuat ‘acahan’ (feint) selepas membuat larian untuk menyepak bola. Sebagai contoh, pemain yang sudah berlari untuk menyepak bola tetapi memperlahan atau berhenti berlari untuk menyepak penalti. Perbuatan berkenaan akan menyebabkan mereka diberi kad kuning dan sepakan percuma kepada pihak lawan. Perbuatan mengacah sebelum membuat larian masih dibenarkan.

diego-simeone-atletico-madrid-ref-watch_3455016
  1. Jika perlawanan terhenti disebabkan gangguan dari jurulatih atau pemain simpanan, pengadil perlawanan akan memberikan sepakan percuma atau sepakan penalti kepada pasukan lawan.

gettyimages-513901686-hector-bellerin-erik-lamela-tottenham-arsenal_3751431
  1. ‘Tights’ atau seluar tambahan perlu sama warna dengan seluar yang dipakai pasukan atau warna terbawah seluar pasukan. Ini untuk seluar yang mempunyai bahagian bawah dengan warna lain.

sergio-aguero-manchester-city-newcastle_3452140
  1. Kawasan separuh padang adalah neutral. Jika separuh badan pemain (kecuali tangan) berada di kawasan pihak lawan, dia dikira offside. Sepakan percuma untuk kesalahan offside akan sentiasa diambil di kawasan di mana kesalahan berkenaan dilakukan.

laurent-koscielny-arsenal-fa-cup_3407998
  1. Dalam usaha untuk menghentikan pemberian kad kuning kepada semua handball, “menghalang pihak lawan mendapat bola” telah dibuang dari kesalahan yang akan diberikan kad. Handball kini merupakan kesalahan kad kuning apabila “ia menghalang/menghentikan peluang serangan”.

corner-kick-short-corner-sunderland_3751437
  1. Sebarang ‘sepak semula’ (restarts) memerlukan bola bergerak sepenuhnya. Contohnya, tidak lagi dibenarkan untuk mengambil sepakan penjuru dengan hanya sedikit menyentuh bola untuk diberikan kepada rakan sepasukan. Peraturan ini dibuat atas dasar semangat kesukanan.

manchester-united-mike-dean-newcastle-united-st-james-park_3469517
  1. Pengadil boleh memberikan kad kuning atau kad merah kepada pemain yang bertindak kasar atau mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.Peraturan ini dibuat untuk menjadikan pemain lebih menghormati pengadil dan pegawai perlawanan.

No comments:

Post a Comment

3 management styles that kill the employee experience

3 management styles that kill the employee experience By Marcy Fetzer, management consultant, professor at BYU's Marriott School of B...