Sunday, 7 August 2016

Ini Sebab Kenapa Kena Eject Pendrive Terlebih Dahulu Sebelum Mencabutnya

Ini Sebab Kenapa Kena Eject Pendrive Terlebih Dahulu Sebelum Mencabutnya

Bahayanya kalau cabut pendrive tanpa eject

Aug 06, 2016

Oleh Syazwan Aizad. Sumber Winpoin.com

Berapa ramai antara korang yang klik “Eject” atau “Safely Remove USB” bila nak cabut pendrive pada komputer atau laptop? Dan kebanyakkan daripada kita terus sahaja mencabut pendrive daripada komputer tanpa klik “Eject” terlebih dahulu.
Namun, tahukah korang perbuatan seumpama ini akan menyebabkan pendrive, malah komputer korang cepat rosak? Kenapa?
Terlebih dahulu, kita tengok dulu 3 cara drive (pengkongsian data melalui sambungan USB) :
  • USB Mass Storage
Kaedah biasa bagi pengkongsian data. Contoh: pendrive, flashdisk, memory card. Pada Windows, kita akan melihatnya sebagai drive baru pada File Explorer atau My Computer, sedangkan pada Mac dan Linux akan muncul di Desktop. Berfungsi sebagai medium pertukaran data/fail. Kaedah ini memerlukan fungsi eject.

  • Picture Transfer Protocol (PTP)
Daripada namanya, kaedah ini digunakan oleh kamera digital untuk transfer gambar ke komputer. Kaedah seperti ini tidak memerlukan eject.
  • Media Transfer Protocol (MTP)
Kaedah ini tersedia secara built-in bagi pengguna Windows, tetapi memerlukan software tambahan bagi Mac dan Linux. Kaedah MTP adalah daripada PTP yang dinaiktaraf. Dengan MTP, kita boleh mengirim file berupa media secara automatik, tapi sistem akan melihat sebagai drive portable yang tidak perlu di-eject.

Kenapa Perlu Melakukan Eject pada Flashdisk dari Komputer Kita?

Flashdisk boleh melakukan proses read/write data ke komputer sebaik sahaja disambungkan. Jika sistem sedang melakukan write di Flashdisk dan tiba-tiba kita cabut dari USB, maka data yang ditulis akan corrupt atau rosak.
Sebaik sahaja kita klik eject, sistem operasi (OS) akan melakukan kerja pembersihan cache, proses dimana semua tindakan yang belum selesai keatas Flashdisk akan ditamatkan serta merta.


Akibat Mencabut Flashdisk Tanpa Eject

1. Flashdisk akan eror.
2. Data dalam flashdisk akan hilang atau corup.
3. Komputer jadi hang.
4. Merosakkan komponen komputer dan flashdisk.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo