Monday, 15 August 2016

5 Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Parasetamol


5 Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Parasetamol

revolutionary-cure-for-migraine-using-traditional-chinese-medicine
Parasetamol digunakan sebagai ubat bagi mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala, sakit gigi, dan juga demam. Yelah, asal sakit je bedal parasetamol. Tak baik untuk kesihatan kot.
Dah buat medical check up tapi doktor kata anda sihat je, selalu sakit kepala mungkin sebab anda stress, terlalu banyak berfikir dan tak cukup rehat.
Tak nak terlalu bergantung pada ubat-ubatan untuk kurangkan sakit kepala? Anda boleh cuba 5 cara ini untuk hilang sakit kepala tanpa perlu makan parasetamol.
1. Boleh redam kaki dalam air suam. 
Gunakan air suam tau bukan air panas. Mandi air suam juga boleh membantu merehatkan otot. 
2. Epal Hijau
Ambil sebiji epal hijau yang dibelah dua serta 2 gelas air. Kemudian, rebuskan epal tersebut dan minum air rebusan epal tadi tanpa gula.
3. Bawang Putih
Selain digunakan memasak ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit kepala. Hiris bawang putih senipisnya dan letakkan di tepi dahi sehingga hilang rasa sakit kepala.
4. Mandi air panas
Mandi atau beredam dengan air panas mampu meredakan sakit kepala. 
5. Duduk Tegak
Kalau boleh duduk straight. Kalau anda duduk membongkok, leher akan menahan berat kepala sehingga otot anda menegang. Jadi, jom ubah cara duduk. Jangan lagi asyik membongkok saja. Selain dari dapat mengurangkan sakit kepala ia juga dapat memastikan postur badan anda dalam keadaan yang betul

No comments:

Post a Comment

Bonanza Sushi King 21-24 Ogos 2017

Bonanza Sushi King 21-24 Ogos 2017 Jimat2 Jimat Bonanza Sushi King