Friday 15 July 2016

Bestnya nak makan nasi goreng

NASI GORENG CINA...

rsz_nasi_goreng_cin
Kadang2 masalahnya, bila masak nasi kurang, tak cukup...Bila masak lebih sikit tak habis...Haishh pening ok kepala. Last2 apa lagi, nasi goreng lah jawapnya. Satu lagi nasi goreng pun tak boleh pedas2, kena yang lite2 aje, kalau pedas pun cuma pedas2 manja, tak bley pedas 'hardcore'...grrrr....Tak kesah lah janji ada yang nak makan. Mana yang nak pedas tu boleh ulam cili padi. Nasi goreng cina versi che mat boleh dikatakan dalam kategori mudah dibuat. Tapi bukan ke nasi goreng mudah untuk dibuat?...Kebiasaannya nasi goreng cina dimasak pantas. dah minyak bijan antara bahan wajib ada. Penggunaan lada sulah sebagai pengganti cili untuk mendapat rasa hangat. Zaman sekarang ni nasi goreng menjadi hidangan setiap wakttu bukan hanya terhad untuk sarapan pagi sahaja. Ok, siap2 pakai apron dan jommm ke dapur, kita goreng nasi....
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 keping dada ayam, didadu
1 genggam isi udang
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cicang halus
1 biji telur pukul sedikit
6 tangkai kacang buncis, hiris
1/4 camca teh minyak bijan
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukupnya
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu dan wangi. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga isi ayam berubah warna, tambah udang dan kacang buncis. Kacau rata.
  2. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan bila telur kelihatan kental, kacau rata. Gaul dengan bahan2 lain. Tambah serbuk lada sulah (kurang lebih 1/3 camca teh) dan garam secukupnya. Masukan nasi, besarkan api dan kacau rata. Masukkan minyak bijan, kacau pantas. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan....Sedap dimakan panas..


NASI GORENG DULU-DULU

Nasi Goreng Dulu-Dulu
Salam Sabtu, aduhh dah tengah hari, masa orang santap nasi berlauk aneka ragam, mat gebu baru sempat nak masukkan N3 sarapan. Hmmm, tak pe lah dari tak de N3, betul tak. Nasi goreng antara resipi yang paling sikit mat letak dalam blog, sebab pada mat benda ni dah biasa sangat. Orang semua tau buat dan tak kira peringkat umur semua suka. Mat sebenarnya teruja bila "MamaFami" tag mat dengan nasi goreng, di FB malam tadi..sabau jee aku mama nihh. Nasib baik mat gebu tak bangun goreng nasi malam tadi...hahahha. Mat goreng paling simple, macam mak2 kita goreng dulu, guna bahan yang ada saja. Tapi apa yang pasti air tangan ibu kita memang tiada tandingan...setuju tak?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 cawan nasi (semalam punya)
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
2 camca besar cili kisar
4 tangkai kacang panjang, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan timun
Hirisan daun sup
Daun salad
Telur mata kerbau (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nasi semalam tu kalau dapat biar keras sedikit, maksud mat jangan masak lembik sangat, bagi dia rupa seulas2 nasinya. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar, udang kering dan cili kisar hingga harum dan cili garing. Masukkan hirisan kacang panjang, kacau rata.
  2. Tolak bahan2 tadi ke tepi kuali, masukkan telur, biar mengeras sedikit dan hancurkan. Gaul rata dan tambah garam secukup rasa (kalau nak ganti garam dengan kicap cair pun ok).
  3. Masukkan nasi, gaul hingga rata. Gunakan api besar. Bila semua bergaul mesra, perlahan kan sedikit api dan masak hingga nasi nampak elok. Rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama bahan sampingan tadi. Hidangkan...

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo