Anda ‘Hantu Durian’? Ini 5 Port Makan Durian Secara Buffet Sampai Muntah
Buah durian memang sinonim dengan rakyat Malaysia. Siapa yang tak makan raja segala buah ni memang rugi habis! Nak tau sebab apa? Walaupun durian ni berbau tapi kelemakan dan kelazatan memang tiada tolok banding nya tau.. Nak nak lagi dapat isi yang kuning tu.. So fresh so clean lah orang kata!
Sekarang ni tengah musim durian. Ramai yang cari spot yang best untuk korang serbu untuk melantak durian sampai muntah. Kena pula pergi dengan geng-geng yang hantu durian tu, memang puas hati la kalau dapat makan durian kat tempat-tempat yang kami list kan di bawah ni. Hehe enjoy!
1) Kedai durian SS2, Petaling Jaya
Dalam banyak-banyak port makan durian yang best, kedai durian di sekitar SS2, Petaling Jaya ni merupakan antara tempat yang paling famous di kalangan penggemar durian. Pelbagai jenis durian disediakan serta harga nya juga amat berbaloi!
2) Tepi jalan dekat dengan Tesco Hulu Langat
Kedai ini terletak berhampiran dengan Tesco Hulu Langat. Rasanya boleh tahan la tapi yang penting tak begitu pahit. Ehemm
3) Gerai durian Wangsa Maju, Seksyen 2
Dengan slogan “Eat all you can”, kedai ni juga menyediakan buffet durian sama seperti kedai durian di SS2, Petaling Jaya iaitu RM10 untuk melantak dalam masa satu jam. Haa korang makan la sampai demam!
4) Medan Imbi, Kuala Lumpur
Kami pasti ramai yang tak tahu ada kedai durian kat Medan Imbi ni. Tengok di kedai tu macam boleh tahan ramai juga ‘hantu durian’ yang singgah nak makan kat sana. Macam layan sangat je durian kat sana? Hehe
5) 6363 Durian Stall, Jalan Mergastua, Kepong Baru
Haa lagi satu port makan durian yang korang boleh try kat Kepong Baru ni. Hmm macam layan je mat salleh tu makan durian tu? Meleleh pula tengok mat salleh tu layan makan durian tu. Aisshhh!
No comments:
Post a Comment