Sunday 29 May 2016

Teknik Beli Rumah Tanpa Modal

Saya seringkali mendapat emel dan juga pertanyaan daripada pembaca blog saya tentang bagaimana mereka mampu membeli rumah walaupun tiada modal.
logo
Sebenarnya rata-rata kita rakyat Malaysia tahu yang hartanah merupakan satu pelaburan yang sangat menguntungkan.

Namun kebanyakan kita tahu untuk membeli rumah mesti ada modal. Kadang-kadang modal yang diperlukan sangat tinggi bergantung kepada harga rumah yang mahu dibeli.

Keluar Gelanggang Awal

Ini membuatkan ramai rakyat Malaysia tarik diri awal untuk memiliki rumah, dan sanggup menyewa sehingga 10 hingga 15 tahun.
home
Saya ingin berkongsi dengan pembaca Majalah Niaga bagaimana kita boleh membeli rumah, dengan tanpa perlu membayar wang pendahuluan yang tinggi.
Saya telah mempraktikkan dan saya percaya pembaca semua juga mampu berbuat demikian. Apakah yang dimaksudkan dengan tanpa modal?
Mari saya jelaskan kepada anda tentang konsep beli rumah tanpa modal ini.
Mengikut pengalaman saya, beli rumah tanpa modal ini bermaksud anda tidak perlu membayar wang pendahuluan atau wang muka yang tinggi.

Teknik Beli Rumah Tanpa Modal

Oleh itu, saya bahagikan kepada dua teknik yang cukup berkesan untuk anda beli rumah tanpa modal.
#1 – Rumah Diskaun 10%
Saya cadangkan kepada pembaca yang dihormati sekalian. Apabila anda mahu membeli rumah pertama, kedua atau ketiga untuk pelaburan, anda mesti mencari rumah yang memberi diskaun sebanyak 10%.
Beli Rumah Diskaun
Kebanyakan pemaju sekarang telah berevolusi dan mempunyai inovasi baru dalam menarik perhatian pembeli rumah. Ini terjadi disebabkan harga rumah yang terlalu tinggi di lokasi panas.
Lokasi panas ditakrifkan sebagai lokasi yang mempunyai kemudahan awam yang banyak, dan berdekatan dengan akses lebuhraya dan jalanraya yang mudah untuk ke bandaraya besar, serta bandar-bandar yang berhampiran yang lain.
Apabila anda berjaya memperolehi diskaun 10% pada harga rumah baru, anda boleh membuat permohonan pembiayaan rumah sebanyak 90%.
Mengikut peraturan Bank Negara, pembelian rumah pertama dan rumah kedua layak untuk anda memohon dan memperolehi 90% pembiayaan atau pinjaman rumah.
Oleh yang demikian, rumah anda akan dibiayai dengan bank daripada mula anda buat tempahan sehinggalah rumah anda siap dibina.
#2 – Beli Rumah Terpakai Tanpa Bayar Wang
Teknik yang kedua ini memerlukan usaha yang lebih. Anda perlu membuat perbincangan dengan pemilik rumah terpakai.
Perbincangan anda mesti tertumpu kepada bagaimana anda boleh membeli rumah tersebut dengan mendapat kelulusan bank 100%.
property2
Pada hakikatnya pihak bank hanya mampu memberikan anda 90% pinjaman. Tetapi disebabkan perbincangan anda dengan pemilik berjaya, maka seakan-akan anda membeli rumah dengan pembiayaan 100%.
Jika ini berlaku, anda telah menjalankan pembelian rumah dengan tanpa modal.
Cara ini yang digunakan saya ketika baru-baru hendak membeli rumah. Melalui cara ini, saya tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak hanya untuk memiliki rumah terpakai.
Cuma seperti yang saya katakan, anda perlu berusaha lebih untuk mendapatkannya. Jika menjadi, usaha anda sangatlah berbaloi untuk memiliki rumah idaman anda tersebut.
Saya berharap pembaca Majalah Niaga berpuas hati dengan 2 teknik berkesan yang saya ingin berkongsi dengan anda semua.
Jika diberi peluang saya mahu berkongsi dengan anda bagaimana dengan membuat pelaburan hartanah tanpa modal ini, membolehkan saya membuat pelaburan lain seperti saham untuk menjana pendapatan tambahan.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo