Sunday, 29 May 2016

11 Langkah beli rumah secondhand/subsale di Malaysia.


11 Langkah beli rumah secondhand/subsale di Malaysia.

LANGKAH 1: Pilih hartanah yang anda mahu beli.
LANGKAH 2: Tandatangan LOA (Letter of Acceptance) atau Letter of Offer yang disediakan oleh ejen hartanah. Pastikan ejen hartanah tu berdaftar yang sah dari Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA). Jangan guna ejen haram yang tak berdaftar sebab dah banyak kes tipu dan naya je kalau duit lesap!
LANGKAH 3: Bayar jumlah 2% atau 3% daripada harga pembelian rumah sebagai bayaran booking dan cuba minta untuk 21 hari bekerja sebagai tempoh dari bayaran deposit hingga anda kena siapkan SPA. Biasanya ejen akan letak 14 hari tapi korang cuba la dapatkan 21 hari sbb kadang kadang loan lambat nak dapat kelulusan (Sales & Purchase Agreement). Dan pastikan booking ini dibayar hanya kepada syarikat ejen hartanah atau syarikat guaman anda. Jangan sekali-kali bayar kepada mana2 individu, baik ejen mahupun tuan punya rumah.
LANGKAH 4: Pastikan pemilik rumah atau penjual tandatangan pada LOA (Letter of Acceptance) atau Letter of Offer dan berikan kepada anda/ejen salinan SPA pembelian beliau untuk buktikan yang mereka adalah pemilik rumah yang sahih.
LANGKAH 5: Guna LOA untuk pohon pinjaman dari pihak bank untuk pembelian rumah. Pastikan korang apply kepada minimum 4 bank untuk pinjaman.
LANGKAH 6: Upah peguam yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan hartanah untuk mulakan persediaan perjanjian SPA.(Sales & Purchase Agreement).
LANGKAH 7: Kita tandatangan dokumen SPA Pastikan korang dah dapat sekurang-kurangnya 1 loan yang dah approve sebelum korang tandatangan SPA. JANGAN TANDATANGAN SPA SELAGI BELUM ADA MINIMA SATU LOAN YANG DAH LULUS.
LANGKAH 8: Bayar baki 7% deposit pembelian rumah. Dalam langkah 3, kita sudah bayar 3%. Perlu cukupkan sampai 10% bila tandatangan SPA.
LANGKAH 9: Tunggu 3-6 bulan untuk pihak bank membayar penjual jumlah yang tertunggak ( Baki 90%, lepas korang dah bayar 10%). Pastikan korang telefon peguam korang tiap-tiap minggu untuk pastikan yang peguam korang tak tidur dan kes korang ada kemajuan.
LANGKAH 10: Bank sudah jelaskan semua jumlah tertunggak kepada penjual. Peguam anda akan menguruskan proses pengambilan kunci.
LANGKAH 11: Pemilik rumah atau penjual kosongkan rumah untuk selesaikan proses pemindahan yang sudah berjaya. Anda dapat kunci rumah dan rumah itu kini milik anda.

Berapa pula kos guaman (legal fees) hartanah anda?

Tok perlu ingatkan bahawa 11 langkah demi langkah di atas adalah maklumat asas sahaja. Apabila kita merasa sendiri pengalaman membeli rumah, akan ada banyak maklumat-maklumat lain yang kita akan tahu.
Apabila membeli rumah, penting juga untuk kita faham kos guaman (legal fees). Kos berbeza bagi setiap nilai hartanah.
Berikut Tok kongsikan:
  • Untuk nilai RM150,000 pertama, kadar kos guaman adalah 1%.
  • Untuk nilai RM850,000 berikutnya, kadar kos guaman adalah 0.7%.
  • Untuk nilai RM2,000,000 berikutnya, kadar kos guaman adalah 0.6%.
  • Untuk nilai RM2,000,000 berikutnya, kadar kos guaman adalah 0.5%.
  • Untuk nilai RM2,500,000 berikutnya, kadar kos guaman adalah 0.4%.
  • Untuk nilai melebihi RM7,500,000, kadar kos guaman boleh dirunding. Namun tidak boleh melebihi 0.4%.

Lain-lain kos asas apabila membeli hartanah.

Tok suka betul dengan laman web iProperty sebab mereka sudah bagi kos-kos yang penting. Apabila kita beli hartanah, kita juga perlu bayar cukai kerajaan sebanyak 5%.
Selain itu, kita juga mempunyai kos pengeluaran (disbursement cost) sekitar RM500 hingga RM1,000.
Biasanya kos ini adalah untuk dokumen-dokumen berikut:
  1. Setem SPA (Sales & Purchase Agreement) iaitu RM10 setiap salinan. Biasanya ada 4 salinan.
  2. Bankcruptcy search.
  3. Pencarian syarikat (jika perlu).
  4. Pencarian tanah (sebelum menyediakan SPA dan mengisi borang 14A di pejabat tanah).
  5. Pendaftaran dokumen pertukaran hak milik hartanah di pejabat tanah.
  6. Dan kos-kos lain.

No comments:

Post a Comment

Free Dropbox

Free dropbox