Monday, 28 September 2015

Menjemput Rezeki


Menjemput Rezeki
Sumber: http://www.pascasiswazah.com

Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang doktor wanita yang bernama Dr. Siti Ujila yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat PhD dengan cara paling mudah seperti satu magik. Ikuti kisahnya bagaimana beliau menjemput kejayaan tersebut.
dr siti ujila
SETAHUN BUAT Ph.D TANPA HASIL, DI SINI SAYA MENEMUI RAHSIA ‘MAGIK’ TERSEBUT: ‘SHORT CUT’ UNTUK MERAIH KEJAYAAN.
Masya Allah, saya benar-benar tak sangka kisah yang saya share baru-baru ini mendapat hampir 600 shares. Semoga anda yang membacanya mendapat manfaat dan segala kebaikan datangnya dari Tuhan. Sebenarnya, kalau anda ingin tahu, saya pernah melalui situasi yang sama. Malah lebih parah sebab waktu itu saya stuck dalam kajian Ph.D saya. Sudah setahun berhempas pulas siang dan malam, tapi masih tiada penyelesaian untuk kajian saya itu. Saya menemui jalan buntu. Setiap hari saya risau memikirkan ratusan ribu ringgit yang perlu dibayar balik kepada penaja sekiranya saya gagal mendapatkan Ph.D. Tapi masha Allah, dari situlah Tuhan mengajar saya rahsia ‘mudah berjaya’ tersebut. Rahsia bagaimana sesuatu yang sukar boleh jadi mudah, yang impossible jadi possible. Sehingga sekarang saya masih ter-“wow” dengan kehebatan pertolongan Tuhan apabila pemeriksa tesis memberitahu, pada akhir sesi viva, yang saya lulus Ph.D ‘without amendment’. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Di situlah saya belajar ‘magiknya pertolongan Tuhan’. Ia satu kisah yang sering saya ulang-ulang di hadapan anak didik. Kerana kadang kala mereka hampir berputus asa dan merasa yang diri mereka tidak pandai mana. Bukan begitu.Saya percaya setiap orang hebat, cuma kita perlu tahu ‘rahsia’nya. Rahsia untuk membuka pintu kejayaan dengan mudah. ‘Don’t bang the door. Find the ‘Key’
Kali ini saya ingin kongsikan kisah tersebut buat anda yang sudi singgah dan membaca perkongsian kecil ini. Kisahnya agak panjang, tapi mudah-mudahan anda mendapat manfaat darinya. Amalkan dan lihat bagaimana ‘magik’ dari Tuhan datang dalam hidup anda dan sebenarnya itulah yang saya alami kini setiap hari.


INGIN TAHU ‘SHORT CUT’ UNTUK MERAIH KEJAYAAN?
Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari menyampaikan ceramah ‘Ihya’ Ramadhan’ kepada warga Malaysia di bumi Canterbury, New Zealand, suami bertanya, “Mana pergi adik-adik undergrad kita? Kenapa diorang tak join? Yang datang berapa kerat je. Itu pun muka-muka yang sama”
Memang benar. Ballroom hostel yang menjadi tempat program berlangsung kelihatan sunyi tanpa kehadiran adik- adik undergraduate. Kecuali beberapa orang yang memang selalu ada. Yang hadir lainnya, adalah pelajar pelajar Master dan Ph.D yang rata-rata sudah berkeluarga. Suasana dalam kereta sunyi sepi sebentar. “Ada aktiviti di universiti kot” jawab suami apabila melihat saya tidak memberi sebarang jawapan. Dia yang tanya, sudahnya dia juga yang bagi jawapan. Bukan saya tidak memberi perhatian. Sebenarnya soalan suami itu menyebabkan fikiran ini jauh melayang. Lipatan hidup sebagai seorang undergraduate di University of Minnesota terselak satu per satu. ‘Dulu saya pun macam tu’ – jawab saya jujur. Tapi kata-kata itu hanya mampu diucapkan di dalam hati. Benar, hampir setiap kali ada program dianjurkan saya hanya buat ‘donno’. Bukan itu saja, saya memilih untuk tidak mahu terlibat dalam jawatankuasa persatuan pelajar walaupun semasa di MRSM Jasin saya memegang jawatan ‘Vice President’ . Apabila kawan meminta tolong, saya banyak mengelat. Macam-macam alasan saya beri. ‘Lebih baik aku belajar. Semester ni aku mesti dapatkan ‘4-flat’ lagi.’ Begitulah selalunya suara kecil dalam diri saya berkata. Sampai ke satu tahap, kawan serumah buat solat terawih dan tadarus Al-Quran pun saya tak join. Saya di mana? Belajar.
Astaghfirullahal’azim. Betapa teruknya sikap saya waktu itu, siang malam belajar demi mengejar kejayaan. Kerana di fikiran saya, apabila disebut ‘usaha tangga kejayaan’ saya memahaminya macam rumus matematik: 1+1=2. Bahasa mudahnya, makin banyak berusaha makin mudah berjaya. Semakin banyak spend masa mengulangkaji pelajaran dan semakin banyak latih tubi dibuat, maka peluang untuk score A lebih besar. Umpamanya 30+50 = 80. Sedangkan kalau terlibat dengan aktiviti persatuan, tentulah kurang masa belajar. Tak cukup masa buat latih tubi. Elok-elok dapat markah 80, turun jadi 60 pula. ‘Nanti tak score pula. Lebih baik focus untuk belajar.’Begitulah saya mencongak-congak di fikiran.Selepas berusaha sehabis baik, saya akan buat solat hajat sebelum peperiksaan, berdoa memohon agar Tuhan menolong semasa menjawab soalan nanti. Harap-harapnya 80+20 = 100 dan moga-moga saya dapat A.
Begitulah cara saya bertawakal. Masa itu saya rasa kejayaan ibarat berada di sebalik sebuah pintu namun pintu itu berkunci dan saya perlu bekerja keras untuk membukanya. Kerana itu saya menggunakan ‘Formula 80/20’: 80% usaha, 20% tawakal. Banyakkan usaha, insha Allah lebih mudah ‘pintu’ terbuka. Namun secara jujurnya, perasaan saya amat tertekan. Itu pun saya masih belum sedar yang sebenarnya ‘formula’ rajin saya tidak tepat. I was actually banging the door.
Apabila saya buat Ph.d, ternyata ‘pintu’ kejayaan itu lebih kebal. Walau macamana saya cuba berhempas pulas, ia tetap tidak mahu terbuka. Usaha saya untuk belajar, buat kajian siang dan malam tidak mendatangkan hasil. Idea yang datang semuanya ‘tak boleh pakai’ untuk hasilkan tesis Ph.D saya. Nampaknya pintu kejayaan kali ini bukan saja berkunci, malah ibarat bilik kebal yg memerlukan password, tapi saya tak tahu apakah ia. Kali ini tekanannya hampir-hampir menyebabkan saya ingin saja melupakan niat utk membuka pintu itu. Saya hilang punca. Buntu. Dalam keadaan ‘frust’ itu saya mengadu pada suami yang ketika itu baru selesai mengimamkan solat maghrib kami. Saya sangkakan beliau akan beri jalan penyelesaian yang saya boleh cuba: bertanyakan orang lain yang lebih pakar, cari buku lain yang lebih bagus, atau jom kita pergi bercuti sekejap untuk ‘refresh’ minda.
Tapi sebaliknya, jawapan suami benar-benar memeranjatkan saya: “Mama dah belajar, buat kajian siang malam. Dah terlebih rajin dah babah tengok. Cuba kali ni mama buat benda lain selain buat kajian mama tu” katanya sambil melipat sejadah. Saya yang masih bertelekung, duduk tidak berganjak. ‘Buat benda lain?’ saya bertanya dalam hati, confused dengan apa yang dimaksudkan suami. Berkerut kerut dahi saya cuba memahami. Suami pula bingkas bangun mencapai naskah Al-Quran di tepinya. Baru saja ingin bertanya, beliau sudah terlebih dahulu memberi jawapannya: “Babah rasa ada eloknya mama organize usrah untuk muslimat. Bincang pasal Quran. Buat sebulan sekali pun dah ok.” Cadang suami. Matanya tepat memandang saya dengan air muka yang begitu meyakinkan. Al-Quran di tangannya mula diselak dan dibaca. Begitulah suami, membaca beberapa halaman kitab dari Tuhan itu usai solat maghrib menjadi rutinnya setiap hari.

Sambil mendengar bacaannya yang lunak itu, ironinya fikiran saya bertambah confused. Terus terang saja, sebenarnya saya tidak bersetuju dengan cadangan suami itu. Saya fikir, dah la kajian saya sedang bermasalah, masa pula nak digunakan untuk hal lain? ‘Lagilah terkandas kajian mama nanti’ saya mendengus perlahan. Suami yang mendengar, memberhentikan bacaan Qurannnya. “Mama, kita memang kena berusaha untuk berjaya. Tapi, kejayaan itu perlu juga ‘dijemput’” katanya lembut sambil pengusap kepala saya yang masih duduk berteleku di sebelahnya. Agaknya memahami kusut di fikiran isterinya ini. ‘Dijemput’? Bertambah kerut dahi saya dibuatnya. Saya memang tidak memahaminya. Dalam keadaan percaya tak percaya itu, saya pujuk hati ‘Takpela, buat je la, kalau buat research pun bukannya ada idea nak proceed macamana. Kepala tengah berasap’ “Ok” jawab saya perlahan sebelum membuka telekung.
Begitulah permulaannya bagaimana saya menganjurkan usrah di kalangan kakak-kakak dan adik-adik yang sama-sama sedang buat Master dan Ph.D. Memang betul telahan saya, banyak masa digunakan untuk tujuan itu: cari bahan, prepare slide, praktis bercakap, buat usrah. Malah saya juga join kelas tajwid yang diajarkan oleh seorang sister berbangsa Arab. Akibatnya, waktu saya di universiti menjadi berkurangan. Kalau sebelum itu saya akan ke universiti setiap hari dari pukul 8 pagi sampai ke pukul 5 petang, kali ini jadual belajar saya tidak sepenuh itu. Ada beberapa jam yang saya ‘tak nampak muka’ di universiti. Tapi yang menghairankan saya, waktu belajar yang sudah berkurangan itu tiba-tiba menjadi lebih efisyen. Idea datang tanpa disangka, umpama hujan yang turun dari langit secara tiba-tiba di tengahari yang panas. Alhamdulillah, akhirnya idea yang datang itu benar-benar berhasil.
‘Ya Allah, senang je rupanya nak buat Ph.D ni. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah’ teriak saya dalam hati setiap kali urusan kajian saya dipermudahkanNya. Masha Allah, umpama magik, ‘pintu’ kebal itu terbuka sendiri dengan mudah, tanpa perlu saya menghentamnya seluruh jiwa dan raga seperti sebelumnya. Kerana saya sudah menemui ‘password’nya! Sehingga sekarang saya masih ter-“wow” dengan kehebatan pertolongan Tuhan apabila pemeriksa tesis memberitahu, pada akhir sesi viva, yang saya lulus Ph.D ‘without amendment’. Ya Allah, bukankah satu waktu dahulu semuanya macam impossible? ‘Now Dia bagi lulus tanpa pembetulan? Masha Allah…’
Keluar bilik viva, sahabat saya yang ikut serta dalam viva tersebut sebagai pemerhati sempat berkata “nampak rileks
je tadi”..Betul katanya, saya sendiri terperanjat dengan apa yang berlaku. Tapi saya tahu – semuanya Allah punya kerja.
Baru saya faham apa yg suami maksudkan dengan kejayaan perlu dijemput. Betul usaha kita belajar perlu sehabis baik. Tapi jangan kita lupa yang kejayaan itu dari Tuhan. Dia ada ‘kunci’ untuk membuka pintu kejayaan tersebut. Walau macamana kebal pun, Tuhan tahu ‘password’ pintu itu dan anytime Allah boleh tolong buka jika Dia mahu. Itulah the power of ‘Kun Fayakun’ milik Tuhan. Baru saya sedar betapa bodohnya saya selama ini menekan diri sendiri. Sebenarnya target untuk mendapat pointer ‘4-flat’ itu tidak salah. Yang salahnya ialah apabila saya fikir saya perlu bersandarkan kepada daya upaya diri sendiri, berhempas pulas untuk membuka ‘pintu’ kejayaan itu sehingga menekan diri sendiri. Bahkan sehingga mengabaikan orang lain yang memerlukan saya dan mengabaikan program-program lain yang penuh barokah. Sedangkan Tuhan sentiasa ada dan bersedia untuk menghantar ‘pasukan tentera’Nya untuk membantu.
‘Sesiapa yang meringankan kesusahan seorang Mukmin ketika di dunia, Allah akan meringankan kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat dan keaiban)nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.’ (Hadis riwayat Muslim)
Inilah teknik ‘beyond’ rajin yang saya ingin saya kongsikan: yang rajin itu sangat bagus untuk mendaki tangga tangga mencapai kejayaan. Tapi rajin belajar sahaja tidak cukup. Kita perlu juga rajin ‘menjemput’ kejayaan itu dengan membuat banyak kebaikan kepada orang lain. Pakar motivasi dari Barat menyebutnya sebagai ‘the power of servicing others.’ Begitulah, rupanya sifir Tuhan bukan 80/20 tapi sebaliknya:20/80. Kita perlu rajin berusaha sehabis baik, tapi usaha mereka yang terbaik itu sebenarnya hanya mewakili 20%. Selebihnya 80% kita perlu juga menggunakan masa, tenaga dan hati untuk ‘menjemput’ kejayaan itu: tolong orang lain, menyumbang pada masyarakat, melakukan aktiviti amal kebajikan. Pendek kata, buat perkara-perkara lain yang Allah suka. Nantinya, walaupun waktu ulangkaji jadi sedikit berkurangan, percayalah kita akan lebih mudah faham.Lebih mudah jawab soalan ketika peperiksaan. Lebih mudah score.
Para pembaca semua, begitulah cara Allah mengajar makhlukNya. DisuruhNya kita lakukan satu kebaikan tetapi dalam kebaikan itu, diberiNya kita ribuan manfaat.
Itulah shortcut untuk meraih kejayaan.
‘Don’t bang the door. Find the ‘Key’.

No comments:

Post a Comment

Chicago TypeWriter

Chicago TypeWriter One of amazing korean drama 2017. You should watch because the storyline is amazing. Watch carefully because you migh...