Sunday 7 May 2017

rumah tippppps


Nak beli rumah di usia muda bukan sesuatu yang mustahil. Ada je orang muda di luar sana yang bawah 25 tahun dah berjaya beli rumah dengan hasil titik peluh sendiri. Memang ‘salute’ la dekat mereka ni.
Untuk menjadi seperti mereka yang berjaya beli rumah pada usia muda, anda cuma perlu elakkan diri daripada melakukan semua perkara di bawah ini:

1) Tiada Deposit
– Sampai bila nak merungut cakap “rumah mahal sangat, tak mampu la nak beli”?
“Gaji pun ciput, macam mana nak simpan?”
Kalau anda masih dengan pemikiran seperti ini, anda memang tidak akan dapat memiliki rumah sampai bila-bila. Anda boleh simpan seberapa banyak yang anda mampu janji anda ada duit simpanan untuk buat bayar deposit rumah.
Tak perlu bazirkan duit pada perkara yang tidak penting. Kumpul duit beli rumah.
2) Rekod CCRIS Teruk
–  Ramai orang muda sekarang ni tak lepas beli rumah sebab sangkut dengan PTPTN. ‘Settle’ kan hutang anda dengan segera, jangan tangguh. Pergi jumpa pegawai PTPTN dan ‘try’ minta kurang jumlah tunggakan anda tu kalau tak pernah bayar.
Yang penting jaga CCRIS anda sebaik-baiknya.
3) Debt Service Ratio (DSR) Burst
Hutang terlampau banyak dengan bank. Insaflah segera jika anda ada niat nak ‘apply’ pinjaman peribadi. Kalau boleh kad kredit tu cuba elakkan penggunaannya. Jangan tambahkan lagi bebanan hutang anda.
4) Tiada Ilmu Hartanah
– Anda ‘zero knowledge’ tentang bidang hartanah tapi nak beli rumah yang pertama. Jangan main beli sahaja sebab anda akan menjadi orang yang berisiko tinggi untuk ditipu dan membuat kesilapan dalam hartanah.
Kalau anda nak beli rumah tapi tiada ilmu jangan risau kerana banyak je ilmu hartanah dikongsikan contohnya buku tentang hartanah, seminar, tips di Facebook dan banyak lagi.
Tak pun, muat turun Buletin Cerita-Nah! Hartabumi dan ikuti perkembangan ilmu di facebook page kami. Macam-macam ilmu mengenai hartanah kami kongsikan dan yang bestnya, semua percuma!
5) ASB Financing
Jangan buat ASB Financing di tahun yang sama dengan tahun anda ingin beli rumah. Ini kerana ASB Financing juga akan masuk dalam rekod CCRIS dan perkiraan DSR. Tunggu lepas dapat dividen baru boleh dikira sebagai pendapatan.
6) Tidak semak syarat kelayakan
Jangan mohon pembiayaan perumahan lebih daripada kelayakan. Semak dulu kelayakan pembiayaan perumahan anda dengan bank sebelum beli. Bersederhana dahulu dalam semua benda, beli rumah kena bijak tak boleh terburu-buru dalam membuat keputusan.
Beli rumah kena ikut kemampuan kita, dah beli rumah pertama, cuba ‘aim’ untuk dapatkan rumah yang lain.
Yang penting, anda perlu ada kesedaran untuk memiliki rumah sendiri. Tidak kiralah rumah ‘landed’ atau ‘non-landed’. Baiki kewangan anda bagi mantap kerana pihak bank hanya akan berurusan dengan orang yang betul-betul berkemampuan.
Proses beli rumah pertama akan menjadi mudah sekiranya anda bijak mengawal kewangan anda dan tahu tentang bidang hartanah.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo