Wednesday 5 October 2016

Badut Buat Hal Jatuhkan Kek

Badut Buat Hal Jatuhkan Kek
 
hiasan
Kali ini, tuah berpihak kepada pasangan pengantin Siti Nurassikin Azman, 26, dan pasangannya, Zahari Zainuddin, 28, yang  melangsungkan majlis persandingan mereka di Batu Pahat, Johor, baru-baru ini.

Seperti pemenang-pemenang pada edisi lepas, kejutan dilakukan sebelum aktiviti penyerahan hadiah berlangsung. Kejutan kali ini dimeriahkan lagi dengan penampilan istimewa oleh Badut Johor, Mr Cheese DeClown demi menjayakan misi prank “Bestnya Kahwin”.

Majlis persandingan pasangan mempelai menjadi gamat apabila kek hadiah istimewa yang diberikan oleh bapa pengantin tiba-tiba terjatuh ke tanah kerana telatah si badut yang kelam kabut. Pengunjung yang menyaksikan kejadian itu turut berasa cemas.

Berjanji untuk menggantikannya semula, si badut sekali lagi membuat kejutan apabila brief case yang dibawanya itu kosong sehingga menimbulkan rasa terkilan pasangan pengantin.
Namun akhirnya gimik itu terlerai apabila Badut Johor, Mr Cheese DeClown mengeluarkan keratan kertas daripada poketnya yang tertera ‘Tahniah Anda Pemenang Projek Bestnya Kahwin Pesona Pengantin dan Poh Kong’.
Kemenangan dan gimik tersebut membuatkan pasangan pengantin tersenyum lega dan gembira. Penyerahan hadiah telah disempurnakan oleh wakil Pesona Pengantin kepada pasangan bertuah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada bapa pengantin perempuan kerana memberikan kerjasama yang baik dengan kru Pesona Pengantin yang terlibat bagi menjayakan majlis prank kali ini. Buat pasangan pengantin pula, tahniah diucapkan.
Nantikan kejutan seterusnya dari kami buat pemenang Bulan Oktober, November dan Disember. Anda pasti akan bersorak, Bestnya Kahwin!

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo