MOHON KERJA TETAPI TAK DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA
“Di, banyak interview kau dapat di. Aku apply dah banyak tapi nak dapat satu interview pun susah. Cane kau apply? Apply katne?”
Selepas aku kongsikan cerita aku pergi interview dengan berberapa
syarikat, ada beberapa yang pm tanya macam mana cara aku apply kerja.
Jadi hari ini insha Allah aku akan kongsikan dengan semua. Aku tak kata
cara ni paling betul, atau kau perlu ikut tapi ini lah cara aku mohon
pekerjaan.
Ok jom tengok “katne” nak apply.
1.Laman web kerjaya seperti Mau kerja, jobstreet, SPA, mystarjob.com dan lain2.
2.Career fair
3.Secara terus dengan syarikat pilihan
4.Lain-lain medium
Sesiapa yang ada lagi medium lain yang digunakan untuk mohon kerja harap boleh berkongsi.
MOHON KERJA MELALUI LAMAN WEB KERJAYA
Ramai yang kata kalau apply kerja guna web kerjaya ni susah nak dapat panggilan.
Mula-mula aku minta, buang tanggapan negatif tu sebab panggilan
interview yang aku dapat majoritinya dari permohonan melalui laman web
kerjaya. Ye betul, aku tak tipu. Aku minta kau buang tanggapan tu sebab
tak nak kau putus asa. Jangan baru hantar 10-20 permohonan, tak dapat
panggilan kau dah putus asa. Mohon kerja ni satu persaingan, jangan
putus asa. Sabar. Teruskan memohon.
Ok macam ni
Profile Calon
1.Pastikan profile kau lengkap, isi semua about me, education, skills,
experience, etc. jangan rasa leceh isi benda-benda ni. Untung kita nak
apply kerja ni free tak perlu bayar. Majikan nak iklankan kerja kena
bayar RM550++ untuk satu iklan. Sumber: http://www.jobstreet.com.my/employers/job-posting-options/
2. Upload gambar.
3. Upload resume.
Dah selesai isi semua berkaitan diri baru kau apply kerja yang diiklankan.
Aku ambil contoh jobstreet sebab ramai apply kerja melalui jobstreet ni.
Jumaat lepas aku pergi ke admin building nak jumpa dengan manager HR
untuk bersembang pasal pandangan employer terhadap candidate yang mohon
melalui jobstreet.com
tapi bos takde. Jadi aku sembang dengan cik HR kat situ untuk tahu
macam mana sistem jobstreet ni “as an empoyer”. Cik HR ni baik, dia
tunjuk satu-satu macam mana employer terima permohonan2 calon. Employer
akan terima permohonan ataupun “search” resume candidate dan nama calon
akan keluar dalam bentuk table. Boleh rujuk gambar kat bawah tu. Tengok
apa yang penting. SKILLS, EMPLOYMENT HISTORY, EDUCATION and EXPECTED
SALARY.
Skills
Ada calon tulis ruangan skills tu
Microsoft Office seketul je. Tolong tulis lagi skills lain yang
berkaitan, contoh: adobe photoshop, autocad, etc. ataupun kau ada
pengalaman guna apa-apa instrumens masa belajar/praktikal dulu kau tulis
je (contoh: HPLC, GC). Barulah majikan ade semangat sikit nak klik
untuk view resume kau. Kalau tak, dia akan scroll je kebawah melepasi
resume kau macam kau scroll facebook tanpa klik like atau drop comment
kat gambar kawan kau.
Expected Salary
Fresh grad aku
mohon sangat2 jangan letak gaji terlampau tinggi. Bila kita nak apply
sesuatu kerja tu kan ada info berapa range gaji untuk position tu. Kalau
position tu range dia MYR 2500-3500 jangan kau mintak MYR7500. Sama,
majikan akan scroll macam fb je nanti.
Work Location
CIk
HR ni juga cakap kalau dia yang buat screening, dia akan tengok
preferred work location di bahagian “candidate details”. Contoh company
di Selangor, tapi candidate isi preferred work location di Pahang. Cik
HR tu cakap “oh, calon ni jauh. Pahang.” Dia tak “view” pun resume calon
tu. Jadi dah tahu kan apa perlu buat? Ubah “preferred work location” tu
(kalau kau tiada halangan berkaitan lokasi kerja).
Pitching
Ramai calon abaikan 300 characters pitch ni dan terus click “submit
application” je. Ok takpe, hari ni aku kongsi cara senang untuk
pitching. Macam post aku yang sebelum ni, kalau aku nak jual laptop kat
gamer, aku akan bagi spec laptop yang gamer mahukan. Jadi, untuk
pitching, kau tengok “job description” and “requirements”. Kau pitching
berdasarkan dua perkara tu.
Contoh
Requirements;
Bachelor degree in ________ or any related fields
Knowledge of __________ will be an added advantage
Experienced using _______ machine
Good team player with the ability to lead and manage other staff.
Willing to travel
So kau boleh pitch macam ni. Ni contoh mudah jela, nanti kau guna la ayat power sikit.
As a ___________ graduate, I am familiar with _________. I am able to
work independently as well as in group environment. I am also equipped
with the hands-on experience of using ______ machine. Kau tambah2
sendiri la ye.
CAREER FAIR & SECARA TERUS
Untuk cara ni aku tak cerita dalam post ni sebab nanti kalau panjang2 aku sendiri pun malas nak baca. haha.
TINGKATKAN PELUANG DIPANGGIL TEMUDUGA
Ni cara yang kau boleh buat untuk bagi majikan nampak kesungguhan kau.
Lepas apply melalui jobstreet, hantar juga permohonan melalui email,
kalau rajin lagi pergi company tu hantar resume by hand ataupun pos.
TINGKATKAN PELUANG UNTUK DAPAT PEKERJAAN.
1. Mohon kerja dengan majikan, jangan lupa mohon dengan Tuhan.
2. Kalau ada kekosongan jawatan, bagitahu kawan-kawan. Memang kat atas
aku cakap mohon kerja ni satu persaingan. Semakin kurang persaingan
semakin tinggi la peluang kan? Tapi percayalah, takkan rugi orang yang
memberi. Bila kau share kat kawan2, kalau kau tak dapat job tu mungkin
kawan kau dapat. Kau mudahkan urusan orang lain Allah mudahkan urusan
kau. Insha Allah.
Buat mereka yang bakal menghadapi interview, kalau belum baca lagi boleh baca disini untuk panduan dan tips: https://m.facebook.com/story.php…
Dialu-alukan untuk share. Moga sama2 kita dapat mudahkan urusan orang lain. Moga bermanfaat. Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
https://youtu.be/4SylgWNoVZo
https://youtu.be/4SylgWNoVZo
-
Apa Beza Direct Flight Dan Non Stop Flight? Nak cepat sampai kena ambil direct flight? Anda silap. Nov 07, 2016 Oleh: Aimi Nord...
-
Pengertian zakat fitrah, bacaan doa niat, hukum, waktu dan tata cara membayar zakat fitrah Pengertian zakat fitrah, bacaan doa nia...
-
7 Ways To Earn Extra Money In Malaysia References: http://blog.8share.com/my/7-ways-to-earn-extra-money-in-malaysia/?utm_source=t...
No comments:
Post a Comment