Monday, 20 June 2016

ROJAK CUCUR TEPUNG...

ROJAK CUCUR TEPUNG... 

Hai assalam selamt berpuasa semua.Tetiba teringin nak makan rojak masa berbuka puasa tu yang pi blog Dapur Tanpa Sempadan sebab nak belajar cara buat rojak. Sebenarnya dulu mak ada ajar tapi dah lupa. So apa salahnya kita belajar daripada resepi ni hahahha....kredit gambar dan resepi daripada blog Dapur Tanpa Sempadan. Nak try la petang ni jeng jeng jeng...

rsz_rojak_cucur_tepung

rsz_rojak_cucur_tepung1

rsz_rojak_cucur_tepung2

BAHAN-BAHAN KUAH ROJAK :-)
12 keping biskut marie, kisar halus
1/2 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk hancur
15 tangkai cili kering, buang biji, cuci dan toskan
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan, dibakar
3 camca besar gula melaka
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
6 - 7 cawan air (atau secukupnya)
Sedikit bijan, digoreng tanpa minyak hingga harum, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN ROJAK :-)
Cucur tepung secukupnya (resipi di bawah)
4 biji telur rebus, digoreng dan toskan
5 biji kentang, rebus hingga empuk, biar sejuk dan digoreng
4 keping tempe berbungkus daun, didadu dan digoreng
Daun salad secukupnya, cuci, toskan dan potong
Tauhu, digoreng dan potong kecil
Cili hijau, dipotong kasar
Timun, dihiris kecil
Sengkuang, dihiris kecil

BAHAN-BAHAN CUCUR TEPUNG :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 camca besar gula halus
1/3 camca teh garam
1 camca teh penuh  instat yeast
1/2 camca teh serbuk kunyit @ beberapa titik pewarna kuning makanan
1 cawan + 2 camca besar air

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH ROJAK :- Cili kering yang telah ditoskan hingga kering, digoreng hingga harum jangan sampai hangus. Angkat dan toskan. Kemudian kisar cili tadi dengan bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih dan udang kering hingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar tadi hingga harum dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan gula melaka dan biskut marie kisar. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan kacang tumbuk dan perasakan dengan garam secukupnya. Tambah gula jika perlu. Kacau dan masak dengan api kecil hingga pekat sedikit. Seimbangkan rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK CUCUR TEPUNG :- Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 untuk cucur tepung, kecuali air. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit Sambil dikacau rata dan air habis. Perap adunan selama 1 jam. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kacau adunan cucur tepung, kemudian sudukan ke dalam minyak panas, goreng seperti anda buat cekodok, angkat dan toskan. Buat hingga siap.
  5. UNTUK ROJAK CUCUR TEPUNG :- Dalam mangkuk, masukkan serba sedikit bahan2 rojak (pastikan cucur tepung, tauhu goreng, telur dan kentang anda potong kecil dahulu sebelum digunakan). Kemudian tuang kuah secukupnya dah gaul hingga rata. Alihkan ke dalam pinggan sesuai, tabur sedikit bijan atasnya dan hidangkan segera.....ehemm...selamat mencuba!!..

1 comment:

Free Dropbox

Free dropbox