Thursday, 30 June 2016

26 SEBAB ANAK MUDA TAKUT BELI RUMAH. NOMBOR 20 PALING POYO.

26 SEBAB ANAK MUDA TAKUT BELI RUMAH. NOMBOR 20 PALING POYO.
Nak beli rumah pun takut. Padahal masa mohon pembiayaan peribadi tak takut pula. Beli kereta mahal-mahal sampai guna 30% daripada gaji relaks saje.
Awal-awal tak nak dalami ilmu kewangan. Nanti lepas 5 tahun bekerja, baru nak menyesal. Masa tu, kawan-kawan yang mula lebih awal dah nampak hasil, kita pula baru nak bermula.
Khas untuk anak muda yang masih takut nak beli rumah awal-awal. Anda dalam kategori yang mana ye? Jawab. Jawab.


1. Takut terbeli rumah yang salah.
2. Takut kena tipu dengan orang.
3. Takut sebab tiada ilmu.
4. Takut lepas ni tak cukup makan.
5. Takut duit habis bayar rumah.
6. Takut rumah turun harga tahun depan.
7. Takut lambat beli kereta import.
8. Takut tiada penyewa.
9. Takut rumah terbengkalai.
10. Takut orang ingat kita kaya sangat.
11.Takut tak dapat pembiayaan bank.
12. Takut kahwin lambat.
13. Takut nanti rumah rosak sana sini.
14. Takut takda masa uruskan penyewa.
15. Takut nak nego dengan tuan rumah.
16. Takut rugi beribu-ribu ringgit.
17. Takut tak dapat makan tempat mahal.
18. Takut dengan modal banyak sangat.
19. Takut tak pandai uruskan duit nanti.
20. Takut kisahnya viral di Facebook 😜.
21. Takut nak berurusan dengan ejen.
22. Takut dicop kapitalis.
23. Takut kena kejar dengan LHDN.
24. Takut terlibat dengan riba'. (Ambil yang Islamik)
25. Takut nak kutip duit sewa.
26. Takut dengan kos-kos tersembunyi.
Semua rasa takut itu boleh diminimakan jika kita mulakan dengan mendalami ilmu hartanah.
Setiap pelaburan ada risikonya. Kalau dijanjikan keuntungan tetap sekian sekian sekian, bukanlah pelaburan yang bagus namanya. Itu adalah pelaburan skim-cepat-kaya-scam-penipu-pejuang-bangsalah-kononnya. Tapi ramai jugak orang yang rela ditipu. Haha

No comments:

Post a Comment

Pengalaman Viva Master Material Sains UPM

Lama dah tak update blog.....dah berhabuk dan bersawang blog ni... Alkisah saja nak cerita pengalaman Viva Master Material Sains UPM.........