Tuesday 18 August 2015

RISIKO untuk BERJAYA





Dalam kita menempuh kehidupan di dalam dunia ini, pelbagai dugaan dan masalah yang kita terpaksa hadapi di mana ia menyebabkan kita secara tidak langsung mengambil risiko sama ada ianya risiko kecil ataupun besar. Dalam arus era globalisasi ini pemilihan perancangan yang tepat dapat memberikan satu keputusan dimana kita akan mula bertanya Adakah jalan yang aku pilih ini mempunyai RISIKO yang besar ataupun kecil. Ramai orang suka merancang, tetapi tak ramai yang merancang untuk berjaya. Ramai yang kadangkala berhenti, berputus asa di tengah jalan. Hal ini dek kerana takut untuk menghadapi kebarangkalian RISIKO yang besar untuk berjaya. Justeru ,secara tuntasnya dapat disimpulkan bahawa RISIKO tetap ada dalam setiap keputusan yang kita buat tetapi kita perlulah BERANI dan tidak takut dalam menghadapinya demi untuk mencapai kejayaan. Ingatlah kita dahulunya sejak kecil lagi seorang yang tidak suka berputus asa dan suka mengambil RISIKO demi untuk berjaya. Adakah anda masih ingat? Mengimbas umur diri seawal 2 tahun kita telah belajar merangkak-rangkak lalu bertatih-tatih, sehinggalah kini kita boleh berjalan lantas berlari. Ini adalah berpunca daripada sikap kita yang dahulunya seorang yang tidak mudah putus asa dan suka mengambil RISIKO. Cuba anda bayangkan jika seawal umur kita dua tahun kita takut dan malas untuk mengambil risiko untuk belajar berjalan dan menanamkan sikap pasif dalam diri seperti "Eh malas lah nak belajar jalan.....Penat jer asyik jatuh jer..." mana mungkin hari ini kita dapat berjalan lantas berlari dengan sempurna. Maka dengan itu Renung-renungkanlah dan mulalah merancang untuk mengambil RISIKO untuk berjaya......


No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo