Monday, 6 February 2017

10 Petunjuk Yang Tubuh Badan Cuba Bagitahu Tentang Kesihatan Kita

10 Petunjuk Yang Tubuh Badan Cuba Bagitahu Tentang Kesihatan Kita

Feb 06, 2017

Oleh Syazwan Aizad. Sumber Bright Side
Tubuh badan kita boleh diibaratkan sebagai sebuah mesin yang sangat rumit. Sama seperti mesin lain, jika terdapat sebarang kerosakkan dalaman, signal atau petunjuk akan ditunjukkan oleh mesin bagi memberitahu kita akan kerosakkan tersebut.

Namun, biasanya kita ambil endah tak endah akan petunjuk yang cuba disampaikan oleh tubuh badan kita, dan akhirnya kita pun jatuh sakit. Berikut adalah 10 petunjuk tentang badan kita yang mungkin kita tak tahu maksud kesihatan disebaliknya.

1. Lingkaran Hitam Di Bawah Mata


Menunjukkan kita tak cukup tidur. Selain itu, mungkin juga petanda anemia, iaitu kekurangan sel darah merah.

2. Jari Bertukar Warna


Jika ini terjadi, berkemungkinan korang menghidap Sindrom Reynaud’s - keadaan dimana suhu rendah menyebabkan kekejangan dalam salur darah, seterusnya menyebabkan perubahan warna kulit khususnya pada jari.

3. Penglihatan Kabur Secara Tiba-Tiba


Apabila mata sering menjadi penat dan semakin sukar untuk melihat objek pada jarak tertentu, itu petanda korang menghidap rabun atau astigmatism.

4. Tompok Pada Penglihatan


Tompok ini boleh jadi bintik mahupun gumpalan seperti cacing. Kebiasaannya terjadi apabila mata kita tiba-tiba terpandang cahaya yang terang. Ini petanda katarak mata.

5. Perut Berbunyi Secara Tiba-Tiba


Bunyi yang dihasilkan perut biasanya disebabkan oleh proses pencernaan makanan yang sedang dijalankan oleh usus. Jika bunyi ini datang dengan rasa sakit, segeralah berjumpa doktor.

6. Kulit Mengelupas


Kulit yang mengelupas menunjukkan badan kita kurang vitamin.

7. Tidak Boleh Bau Dengan Sempurna


Jika hidung sudah tidak dapat menghidu dengan sempurna, ini menujukkan masalah pada sistem saraf. Selain itu, ia petanda untuk selsema atau jangkitan kuman.

8. Mata Berdenyut


Menunjukkan mata korang sudah penat.

9. Bunyi Bingit Pada Telinga


Bunyi bingit atau bising pada telinga dalam satu tempoh masa yang lama menunjukkan masalah pada sistem pendengaran. Masalah ini juga dikenali sebagai Tinnitus.

10. Bahu Terkehel


Jika bahu tiba-tiba rasa seperti sudah tidak boleh bergerak, ia menunjukkan masalah sambungan bahu atau ligament dan otot.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo