Lelaki Ini Share Trik Beli Tiket Flight Murah: No. 2 & 6 Tu Ramai Tak Tahu!
Melancong sudah jadi trend di kalangan rakyat Malaysia tak kira samada
destinasi dalam dan luar negara. Bila ke luar negara, aspek pertama yang
dikaji ialah harga tiket kapal terbang. Semua pelancong cuba
mendapatkan tiket yang murah tapi ramai yang tidak tahu bagaimana.
Pemilik blog berkonsep pelancongan, Wan Farhan berkongsi petua bagaimana
nak beli tiket kapal terbang pada harga terendah di blognya iaitu
kakikujalanjalan.blogspot.my. Jom kita baca trik yang beliau amalkan.
1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli
tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan
sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana
syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa
tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti
kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat,
Sabtu atau Ahad.
2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal
Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21
hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat
penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak
jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan
kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang
sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa
Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket
pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat
harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata,
sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan
margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari
Kuala Lumpur ke London.
3. Hari Terbang Yang Sesuai
Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu.
Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini
sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga
selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan
Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat
sibuk.
4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11
hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang
kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.
5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil
Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan
‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau
korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di
Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba
turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti
lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik
train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!
6. Buang ‘Cookies’
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba,
telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web
penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem
tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok
laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan
harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang
kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat
padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete
sila tanya Encik Google!
7. Bandingkan Harga
Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan
dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman
web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada
harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama.
Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:
1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software
No comments:
Post a Comment