➡Mulut jaga ye sedara2 islam..teman bg nasihat neh..xnk ikut sudah😊
Musim kenduri datang lagi. Tolong kawal diri & elakkn...;
1. Mengumpat pengantin. Lelaki dia
tak sesuai dengan isterilah, isteri dia muda sangatlah, suami dia
gelap, isteri gemuk, tak sama darjat, berbeza negerilah. Macamlah kita
sempurna sangat.
2.
Lekehkan makanan yang terhidang. Lauk ni tak sedap, kedekut lauk.
Makanan sampingan tak ada. Nak apam balik, mee rebus, ais krim, char
kuetiaw. Kawan. Kalau kau nak aneka juadah, gi pasar malam lah. Banyak
di sana.
3. Hina bilik pengantin. Pakai tirai lama, bilik tak cat
baru, cadar tak matching dengan dinding. Siapa nak tidur di bilik tu
sebenarnya, kau ke pengantin?
4. Tak bersyukur bila dapat buah tangan. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je? Ceh, coklat 20 sen, kain tuala..surah yasin.
Haa, elok dia bagi surah yasin. Mudah-mudah mati nanti senang kawan-kawan nak bacakan.
5. Kenduri suram. Tak ada DJ radio, kompang, karaoke...pelamin. Orang mukmin tak harap sambutan begini.
6. Orang dah jemput gi kenduri dia tak mari. Bila orang tak panggil itu pula yang dia nak pergi.
7. Dah makan tapi nak bungkus bawa balik rumah. Adalah benda dia nak
minta bungkus. Daging, gearbox, acar, bubur, laksa...Majlis tak habis
lagi dia dah sibuk usung plastik. Eh...
Kenduri sepatutnya jadi suatu majlis yang eratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa.
Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai
tetamu jagalah adab dan etika. Semua tak kena macam kita sahaja yang
sempurna.
Kalau niat anda ke majlis walimah hanya untuk mengkritik dan mengumpat tuan rumah..batalkan niat.
Takut orang di sana makan daging lembu dan ayam. Awak makan daging sedara sendiri. Wallahualam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
https://youtu.be/4SylgWNoVZo
https://youtu.be/4SylgWNoVZo
-
Apa Beza Direct Flight Dan Non Stop Flight? Nak cepat sampai kena ambil direct flight? Anda silap. Nov 07, 2016 Oleh: Aimi Nord...
-
Pengertian zakat fitrah, bacaan doa niat, hukum, waktu dan tata cara membayar zakat fitrah Pengertian zakat fitrah, bacaan doa nia...
-
7 Ways To Earn Extra Money In Malaysia References: http://blog.8share.com/my/7-ways-to-earn-extra-money-in-malaysia/?utm_source=t...
No comments:
Post a Comment