3 jenis loan yang anda boleh guna untuk beli rumah pertama. Ramai yang guna No. #2
2 Nov 2016
Dibawakan oleh GilaHartanah.com
Sebelum membeli rumah, bagus untuk kita kaji dan kenal pasti dulu jenis-jenis loan yang ada.
Secara asas, kat Malaysia ni ada 3 jenis loan rumah yang biasa digunakan.
Jenis pinjaman yang Tok maksudkan adalah basic term, semi-flexi, dan juga full-Flexi.Mesti korang pernah dengar, kan?
Bagi
yang belum tahu pasal ni, Tok akan kongsikan topik ini khas buat
korang. Tok baca ilmu ni kat blog iMoney, dan timbul rasa keperluan
untuk kongsikan kat korang segera.
Buat yang dah tahu pula, jom kita ulangkaji topik ni. Kasi refresh. Hehe.
#!: Cerita dulu-dulu – Basic Term Loan
Ini
adalah satu jenis pinjaman yang datang dengan jadual bayaran balik yang
tetap, di mana ansuran bulanan yang korang bayar akan sentiasa sama
sepanjang tempoh pinjaman keseluruhan.
Secara
umum, pinjaman ketegori ni tak membenarkan korang (atau mungkin sukar
untuk korang buat) kurangkan kadar faedah dengan membayar ansuran
pendahuluan.
Maksud Tok, kalau korang bayar awal sekalipun, bank susah nak kurangkan kadar interestyang dah ditetapkan.
Apa-apa
bayaran tambahan yang korang buat tu, bank akan kira sebagai
pra-pembayaran untuk bayaran ansuran rumah untuk masa depan.
Dan
ini tak berikan sebarang kesan kat kadar faedah pinjaman itu sendiri,
Bermakna, korang tetap kena bayar ansuran bulanan pada kadar yang sama.
Tapi, korang boleh je memohon kat bank untuk ubah perkara ni. Lulus atau tak lulus tu, terpulang kat budi bicara bank.
Dulu-dulu,
pinjaman jenis ni adalah pinjaman yang pembeli rumah kat Malaysia
gunakan. Tapi sekarang, ada jenis loan rumah yang lebih fleksible
berbanding basic term loan ni.
#2: Apa yang anda patut tahu tentang semi-flexi loan?
Pinjaman
jenis ni pula lengkap dengan kemudahan yang membolehkan peminjam buat
bayaran pendahuluan, untuk kurangkan faedah pinjaman tanpa perlu membuat
sebarang permohonan rasmi kat bank.
Apa-apa
jumlah pembayaran tambahan yang korang buat setiap bulan, secara
automatik akan mengubah kadar faedah asal untuk pinjaman rumah yang
korang buat.
Dan
kalau korang nak gunakan duit, korang boleh buat permohonan dengan
pihak bank untuk dapatkan balik bayaran tambahan yang dibuat.
Cuma,
proses ini tak percuma. Mungkin korang akan kena caj sekitar RM50
hingga RM100, bergantung kat bank mana yang korang pinjam.
Kalau nak dibandingkan dengan pinjaman rumah full-flexi, pinjaman
rumah jenis ini dianggap sebagai pilihan terbaik buat peminjam yang
mempunyai lebihan wang tunai, dan juga pendapatan yang fleksibel.
Ini sebab potensi skim ini untuk mengurangkan faedah pnjaman yang ada.
#3: Ada apa pula dengan full-flexi loan?
Pinjaman rumah full-flexi (atau “pinjaman flexi”) mengambil konsep pembayaran yang fleksibel ke peringkat seterusnya.
Loan jenis ni membenarkan peminjam membuat bayaran pendahuluan untuk kurangkan faedah pinjaman.
Pada
masa yang sama, membenarkan peminjam keluarkan bayaran tambahan yang
dibuat pada bila-bila masa yang mereka suka, tanpa sebarang prosedur
yang memakan masa atau caj tambahan.
Dalam pakej flexi biasa, korang akan dapat satu akaun pinjaman yang dikaitkan dengan akaun semasa, serta dengan sebuah buku cek.
Setiap
bulan, ansuran pinjaman ini akan ditolak secara automatik daripada
akaun semasa, dan dibayar kat akaun bank yang korang buat pinjaman.
Dengan
membuat deposit tambahan ke dalam akaun bank tu, korang boleh
mengimbangi jumlah pinjaman prinsipal, dan mengurangkan kadar faedah
pinjaman pada masa yang sama.
Contoh yang bantu anda lebih faham
Katakan, korang buat pinjaman jenis ini (full-flexi)
sebanyak RM300,000. Dan korang pula, dah deposit RM100,000 ke dalam
akaun semasa yang berkait dengan bank yang korang buat pinjaman.
Kadar fedah pinjaman korang akan berdasarkan jumlah ni:
- RM300,000 – RM100,000 = RM200,000.
Sama juga macam semi-flexi loan, korang boleh keluarkan bayaran tambahan yang dibuat dengan menulis jumlah dalam buku cek yang diberikan.
Proses ni adalah lebih mudah, sebab korang tak payah buat sebarang pemohonan kat bank, seperti pinjaman semi-flexi tadi.
Cuma, kebanyakan pinjaman jenis ini datang dengan yuran bulanan tetap (biasanya RM10 sebulan) untuk mengekalkan akaun semasa.
Bermakna, mungkin korang kena menilai semula komitmen kewangan untuk kemudahan pinjaman ini sebelum korang buat keputusan.
—
Untuk pembeli rumah pada masa kini, biasanya orang akan pilih antara semi-flexi danfull-flexi atas sebab fleksibiliti pembayaran balik yang disediakan bank.
Tapi kalau korang takde sebarang wang tunai tambahan untuk perkara ni, boleh je dapatkan basic term loan.
Silap-silap,
kadar faedah yang bank kenakan lebih baik berbanding pinjaman lain yang
ada. Apa-apa pun, Tok nasihatkan kaji dulu dan buat keputusan yang
terbaik ya.
No comments:
Post a Comment