Monday, 10 October 2016

7 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Taman Dinosaur Di Muar

7 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Taman Dinosaur Di Muar

Muar yang merupakan Bandar Di-Raja bagi negeri Johor yang terkenal dengan Mee Bandung Muar dan hidangan sate sebagai sarapan pagi kini, mempunyai satu lagi tarikan yang menarik untuk dilawati.

Tarikan terbaru di Muar ini pasti akan membuatkan pengemar filem Jurassic Park rasa teruja, kerana seorang pemilik nurseri di Muar telah membina Don Hu Jurassic Park Garden (Don Hu) dekat Jalan Pintasan Muar. Pasti ramai yang ingin tahu apakah sebab Don Hu Jurassic Park milik Datuk Heng Keng Seng,57, ini menjadi istimewa dan unik serta tempat wajib dilawati di Muar. Oleh itu, kami kongsikan 7 perkara yang ramai patut tahu berkenaan taman ini.

1. Caj masuk percuma!

Apabila mengetahui berkenaan tiada caj masuk ke taman ini kami rasa sungguh terkejut. Ini kerana taman ini adalah milik persendirian dan dinosaur yang dipamerkan sungguh menarik.
2. Replika yang seakan real
7-perkara-anda-tidak-tahu-tentang-taman-dinosaur-di-muar-vitdaily_02
Pemilik taman ini sanggup mengeluarkan belanja yang besar dengan menempah koleksi dinosaur daripada kenalannya di Guangzhou, China.
Lebih menarik, dinosaur yang dipamerkan seolah-olah hidup kerana dilengkapi dengan sistem bunyi yang canggih serta kelengkapan elektronik bagi pergerakan setiap replika dinosaur yang ada.

3. Ada pelbagai jenis dinosaur

7-perkara-anda-tidak-tahu-tentang-taman-dinosaur-di-muar-vitdaily_03
Buat masa ini, di Don Hu terdapat 40 buah replika dinosaur yang mempunyai pelbagai saiz dan spesis untuk lawatan umum.
Antara spesis dinosaur yang dipamerkan adalah spesis Tyrannosaurus, Triceratops, Stegosaurus, Brachiosaurus, Oviraptor, Apatosaurus, Allosaurus, Parasaurotophus, Pteronodon dan Pachycephalosaurus.

4. Kawasan taman yang luas

7-perkara-anda-tidak-tahu-tentang-taman-dinosaur-di-muar-vitdaily_04
Berkeluasan 5.6 hektar, anda pasti akan puas berjalan melihat koleksi dinosaur yang ada, pokok-pokok dan juga jualan batu kristal yang dimiliki oleh Datuk Heng Keng Seng. Oleh itu, jangan lupa bawa topi dan minuman ketika melawat taman ini.

5. Produk pelancongan baru Muar

7-perkara-anda-tidak-tahu-tentang-taman-dinosaur-di-muar-vitdaily_05
Inisiatif Keng Seng ini patut dipuji kerana memang tujuan asal beliau membina taman ini adalah untuk menarik orang ramai datang ke Muar dan berkongsi minat dengan orang ramai.
Jadi selepas menikmati mee bandung Muar yang famous, anda bolehlah membawa keluarga datang melawat taman ini.

6. Dibina atas sebab minat

7-perkara-anda-tidak-tahu-tentang-taman-dinosaur-di-muar-vitdaily_06
Dalam pembinaan taman dinosaur ini, Keng Seng mengeluarkan belanja dari duitnya sendiri kerana minat beliau yang mendalam terhadap dinosaur.
Beliau tidak kisah untuk mengeluarkan puluhan ribu bagi memastikan replika dinosaur yang ditempah memuaskan hatinya.

7. Tempat yang sesuai untuk aktivi keluarga

7-perkara-anda-tidak-tahu-tentang-taman-dinosaur-di-muar-vitdaily_07
Bagi kami Don Hu Jurassic Park Garden ini, adalah sebuah tempat yang sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama-sama.
Bagi anak-anak pasti teruja melihat dinasour yang ada dan bagi ibu bapa pula bolehlah meninjau pokok-pokok dan koleksi barangan antik yang ada di sana bagi dijadikan hiasan rumah.
Oleh itu apa kata hujung minggu ini anda dan keluarga masukkan agenda melawat Don Hu Jurassic Park Garden ini sebagai aktiviti untuk dilakukan, kami pasti seisi keluarga akan puas hati melawat taman ini.

No comments:

Post a Comment

https://youtu.be/4SylgWNoVZo

https://youtu.be/4SylgWNoVZo