Permukaan
muka bumi dengan lumut hijau macam karpet ni masa summer rasa lagi
lembut dari comforter Toto ke Narita ke. Bawak jer sleeping bag dah
boleh golek-golek atas ni. Perghh memang heaven dan bukan sikit, ada
banyak pulak tu tempat macam ni. Jalan-jalan kat Iceland, nampak benda
ni jer rasa mengantuk dan nak nap kejap macam ni hahhh (photo from Guide
to Iceland)Ini
sungai biasa jer ni. Jalan-jalan kat jalanraya Iceland ni biasa nampak
sungai-sungai macam ni. Kalau pergi dengan tour biasa memang takkan
berhentilah kawasan ni, sebab tu Rarecation buat trip drive sendiri.
Kita syok jer tempat tu…lawa ke apa ke kita roger walkie talkie kapten
jer nanti konvoi berhenti. Hahhh..best kan? Tapi…jiwa kental jer berani
nak terjun mandi. Sejuk dia dah macam teh ais (photo dari
get-free-wallpapers.com) Dari
Reykjavic (ibu negara Iceland) drive 120km boleh sampai ke waterfall
paling famous ni di Seljalandfoss. Jangan tanya aku sangat macammana nak
menyebut nama-nama Icelandic ni memang terbelit-belit lidah sampai
tertelan gigi pun sebutannya dan masih aku tak pasti betul ke tidak. Air
terjun ni juga pernah jadi lokasi Sharukh Khan berlakon dengan Kajol
dalam filem Dilwale. Pecikan airterjun di kalau masa matahari
tegak…memang nampak pelangi. Menarik kan? Geram rasa macam nak terjun
tetapi tengok sahajalah kerana negara macam ni air terjun dia cantik
tapi sejuk mak datuk (foto oleh itimes.com)Pemandangan
macam ini pun sangat tipikal sebenarnya. Kita memang akan terjah dan
lalu kawasan-kawasan begini. Iceland ni bukan besar sangatpun. Sama
populasi dengan Brunei atau populasi di USJ Subang. Selebihnya ialah
tourist. GDP negara ni pula untuk setahun sekitar pelaburan 1MDB yang
hilang di Caymen Island. Tapi menarik sangat-sangat negara ni (Photo
oleh Iurie Belegurshi)Di
Iceland biasa orang suka nak camping jer kat luar. Tapi hut macam ni
ada banyak juga. Ada yang rumah orang, ada yang hut dia sewakan macam
homestay. Kalau standard di Malaysia, rumah ni tak siap lagi ni…baru
bumbung jer (photo oleh 1zoom.net)Tak
menyesal kalau pergi Iceland. Semasa summer siang dia sangat panjang
sampai nak tengok sunset pun kena tunggu lama. Cuma masa winter pula,
malam dia pulak macam tak mahu nak siang-siang. Tapi kedua-duanya cantik
gila. Setakat nak tengok Aurora? dalam seminggu dapatlah 4-5 hari
keluar aurora (Photo oleh Iceland Guide)Seljalandfoss
kalau tengok dari luar begini lah rupanya. Cantik kan? Kalau pergi
semasa spring pun cantik…ada banyak lagi ais-ais masa tu. Sejuk Iceland
ni, masa summer pun sejuk lagi. Tapi balik Malaysia, kita akan rindu
yang sejuk-sejuk tu (Photo oleh Guidetoiceland.com)Kuda
ni haiwan yang banyak juga kita jumpa di sana. Kuda liar pun banyak
cantik-cantik pulak tu. Tapi sila jangan tegur kuda dari belakangnya.
Kita tidak mahu membawa pulang jenazah kerana kena back kick kuda
(photo oleh guidetoiceland.com)Kuda-kuda liar di Iceland – photo oleh hurtigruten.comSemasa
winter atau selepasnya, kita boleh nampak pemandangan macam ini banyak
juga di Iceland. Aliran sungai mula nak mencair masa tu pemandangan
sangat cantik (Photo oleh Iurie Belegurschi)Paling
tak boleh nak lawan, masa spring kita boleh tengok lavender field yang
banyak. Bayangkan makcik Bedah manalah yang duduk kat rumah ni tanam
Lavender banyak-banyak macam ni. Tak jadi sabun pencuci pewangi lavendar
pun dah wangi…kalau makcik tu tak marah, kita golek-golek jer kat
ladang lavender ni…confirm wangi. Dah
kalau tempatnya cantik, ambik gambar rumah buruk nak roboh pun jadi
cantik sangat. Langit macam ni punya cantik, hampir tiap-tiap hari ada
di sana pun. Kita jalan-jalan jumpa benda cantik kita stop dan ambil
gambar dan selfie puas-puas then jalan balik. Trip kita, sukahati kita
lah kan? hehehhe…barulah Rarecation (photo oleh mihangallery)Long
exposure photo malam-malam memang cantik. Clear sky sampai boleh nampak
bintang dengan sangat clear. Tiada pencemaran cahaya. Hebat
gila…Allahuakhbar Dari
air terjun Seljalandfoss lagi. Kita boleh masuk dalam gua bawah
waterfall ni tau. Memang ada jalan untuk masuk gua ni. Besar dan cantik
(photo oleh hqwalls.com)Dah tak tahu nak tulis apa lagi caption. Dah cantik sangat-sangat dah. Lepas winter lagi cantik (foto by Moyan Brenn)Yang
saya kata jalan dia cantik-cantik hatta semasa driving pun kita dah
rasa teruja sangat-sangat dan banyak kena berhenti kerana kanan cantik,
kiri cantik, depan cantik dan belakang pun cantik. Ralit jadinya mata ni
haWaterfall memang banyak di Iceland. Boleh redah satu persatu. (photo oleh streaknik.com)Kuda lagi Pemandangan di jalan menuju ke sebuah gereja di atas bukit (photo oleh Guide to Iceland)Tak ramai orang atas jalanraya tau. Sayup jer jauhnya kalau driving boleh nampak clear sampai hujung. LAST
SEKALI…SEMUA NAK TENGOK AURORA sebab tu ramai yang minat nak pergi ke
Iceland. Aurora ni ialah reaksi bumi kepada solar storm yang kemudian
ditampan oleh daya geomagnetism bumi supaya kesan radiasi solar itu
tidak terkena manusia. Sebab itu dia keluar plasma-plasma berwarna hijau
menari-nari di atas langit kita. Kalau datang masa summer, ada nasib
kita jumpa…tapi kita nak pergi masa spring ni. InsyaAllah ada rezeki
hari-hari boleh nampak aurora ni.
jom.
ReplyDeletejom.
ReplyDelete