Rahsia Mark Zuckerberg Pakai Baju Warna Kelabu Setiap Hari
Zuckerberg tidak mahu membazir masa memikirkan mengenai baju yang hendak dipakai setiap hari.
Statusnya sebagai salah seorang manusia
paling kaya di dunia tidak banyak mengubah diri Mark Zuckerberg menjadi
‘orang lain’ – sekurang-kurangnya daripada aspek berpakaian.
Oleh kerana itu sejak sekian lama Zuckerberg biasanya tampil di khalayak ramai dengan baju kemeja T kelabu yang sama.
Menurut laporan mStarOnline di dalam
sesi soal jawab melalui Facebook, Zuckerberg berkata, memilih baju atau
pakaian setiap pagi hanya membuang masa atau tidak berfaedah kepadanya.
Justeru, kata Zuckerberg, dia lebih
gemar mengenakan kemeja T kelabu setiap hari dan memanfaatkan masa yang
biasanya digunakan orang lain untuk memilih pakaian dengan aktiviti
lebih berfaedah.
Tetapi anda jangan risau. Saya tidak
mengenakan kemeja T yang sama setiap hari kerana saya ada koleksi baju
seperti itu yang banyak,” katanya.
Menurut Zuckerberg, dia mahu menggunakan
masa hariannya sebaik mungkin dan tidak membazirkannya dengan
memikirkan baju yang sesuai dipakai setiap hari.
“Saya perlu bersederhana dan membuat
sedikit keputusan setiap hari, kecuali apabila saya memikirkan bagaimana
memberikan khidmat terbaik kepada komuniti Facebook,” katanya.
Kata pengasas Facebook itu, memikirkan menu sarapan setiap pagi juga adalah mengarut.
Zuckerberg, 30, memiliki harta
dianggarkan bernilai AS$33 bilion (RM110.4 bilion) melayakkannya menjadi
orang ke-16 terkaya di dunia.
No comments:
Post a Comment